06 September 2014

Mood Bersenam Dah Kembali!

6 September 2014.

Mood nak bersenam dah mai dah!
Sebenarnya bukan hari ni baru mula bersenam. Dah dekat seminggu, tapi kita start slow-slow dulu. Tak nak badan terkejut "Awat tuan aku ni, buang tebiat ke nak bersenam balik?" Kot la macam tu dialog dia kalau boleh bercakap. Huhuhu....

Dah mula buat weight workout; angkat dumbell 3lbs dan 5lbs sambil menonton tv dan  sebelum nak tidur. Lepas tu ada buat jumping jacks, tak sampai 100 pun, berdegup laju jantung dibuatnya, berpeluh jangan cakap ler.

Pagi ni, pasang video powerwalk Leslie Sansone kat tv. Kita start dengan 3 miles dulu, dah dapat rentak dan mood nanti, kita tambah jadi 5 miles dan seterusnya. Lenguh-lenguh satu badan tapi best berpeluh walaupun 46 minit je buat powerwalk.

Zumba? Owh.....inshaAllah! Bakal dibuat sikit masa lagi. Rindu sebenarnya nak buat aktiviti dengan ada alunan lagu rentak rancak ni. Tengok FB Page Zumba Linda Edler, dah banyak dah video zumba yang dia buat dan letak di FB, kebanyakkan dia buat di kawasan terbuka. Sama step tapi lagu yang berbeza.

Kami suami isteri ingat nak buat diet Atkins tapi hari pertama dah kantoi makan malam sandwich telur rebus dengan roti wholemeal. Hahahah~ Itu la akibatnya berdiet tanpa ilmu di dada (dah study DA ni tapi tak khatam habis!) Nasib baik ada blogger Karbie yang amalkan gabungan diet Atkins dan Herbalife yang banyak bantu jawap soalan yang aku tanya kat blog dia. Cumanya, aku nak buat diet Atkins tak secara ekstrem. Cuma nak ganti shake Herbalife sebelah malam dengan pengambilan protein dari sumber lain. Ok la tu, makan roti wholemeal dari makan roti putih, kan?

P/s: Sebelum Maghrib dapat tambah lagi 2 miles powerwalk Leslie Sansone...bila dah mula, terus ketagih berpowerwalk! 5 miles sehari ok la tu...

6 comments:

  1. kalau bersenam suka follow paula abdul punya work out...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...Paula Abdul punye cardio workout semua lagu 80-an. Zaman menari2 lagu musik pop.....

      Delete
  2. aha...cayok cayok yani....semoga berjaya hehehe..keep it up..slow2 no hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.....thanks Karbie...memang kena start buat balik kardio + strength workout dan jaga makan balik. Slow and steady.... :)

      Delete
  3. Alhamdulillah...Tahniah...;-)
    Akak ni dah lama terberhenti...nak sambung balik...hehhhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah boleh tu Kak....start slowly...macam Yani sakot2 juga otot keesokkan hari sebab badan dh lama tak exercise macam dulu....tapi berbaloi rasa badan fit

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)