04 September 2014

Bertanda Sudah Pusara Bonda Tercinta

Gambar kubur arwah mak beberapa hari selepas dikebumikan.

4 September 2014.

Alhamdulillah, syukur!
Pusara arwah mak dah bertanda sempurna.

Gambar kubur arwah mak selepas beberapa bulan, kami selalu jenguk sebab kebetulan musim hujan, risau kubur makin mendap sebab ada aliran laluan air hujan sebelah kubur arwah mak.

Gambar yang diambil semasa cuti kemerdekaan tempohari. Anak pakcik yang terima tempahan buat kepok dan nesan simenkan batu bata, cuma batu nesan je belum siap lagi. Comel je kubur arwah mak.

Gambar yang adik bongsu whatsapp pada group adik beradik semua, perkembangan terbaru kubur arwah mak petang semalam (3 Oktober 2014). Alhamdulillah....seronok kami adik beradik. Kalau perasan, design kubur arwah mak lebih kurang macam pusara jiran sebelah; bezanya cuma warna dan bentuk batu nesan dan pokok hiasan yang ditanam atas kubur, nak membezakan takut keliru nanti.


P/s: Masa datang waktu cuti kemerdekaan tempohari, ada tambahan dua (2) kubur baru sederet dengan kubur arwah mak. Bertambah jiran-jiran arwah mak. Kubur arwah kawan adik bongsu yang bersebelahan kubur arwah mak pun dah naik kepok dan nesan lebih awal dari kubur arwah mak. Cantik!

2 comments:

  1. moga mak ditempatkan bersama para solihin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Karbie...batu nesan dan gambar/video arwah buat pelepas rindu....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)