02 September 2014

Hyperplasia Penukaran Ke Prakanser Dan Kanser

2 September 2014.

Perkongsian daripada seorang rakan dalam group FB tentang period dan hyperplasia. Masa mula-mula baca status Dr Murizah Mohd Zin ni, aku agak tersentak dan mood jadi sebak. Cuba baca keseluruhan perenggan ke-7 tulisan Dr. ini.... Yer la, apa yang disebut sedikit sebanyak menyentuh kondisi kesihatan aku sekarang selepas laparoskopi tempohari.

Ya Allah, semoga ada perkembangan positif kesan tindakbalas ubat hormon yang aku sedang makan untuk tempoh 4 bulan ini. 

Plus, aku rindu kitaran period aku yang 'agak' normal sejak awal tahun 2013 dan selepas turun berat badan. Sejujurnya aku risau kalau-kalau selepas berhenti makan Provera bulan Oktober nanti (inshaAllah kalau simptom hyperplasia berkurangan atau tiada), kitaran period aku akan kembali kacau bilau dan tidak teratur.

4 comments:

  1. Yani, InshaAllah, semoga akan OK. Amin... Skang follow up berapa kali dalam tempoh 4 bulan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Followup hanya sekali je aritu (19 Ogos 2014), itu pun doktor cakap tak boleh ambil apa-apa sampel sebab baru hampir dua bulan makan ubat. Just buat scan je. Nanti bulan Okt baru jumpa doktor dan ambil sampel dinding rahim (lebih kurang mcm pap smear punye prosedur), untuk htr ke lab, tgk progress positif atau tidak. InshaAllah ST, cuba nak berfikiran positif walaupun benda tak nampak (dlm rahim), hati dok tertanya-tanya apa tengah berlaku kat dalam tu...

      Delete
  2. Takpe Yani... takde apa tu.
    Banyakkan berdoa ya. Akak doakan semua oke.. worries not oke dear.. :)
    Akak ni, yg period regular amat, pun tertanya2 juga, apa cer la kat dalam tu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KekDa...makan ubat memang la makan ubat tapi terfikir gak kat dalam tu respons tak dengan kesan ubat. Doa tak pernah lekang Kak...berharap sangat tak timbul isu penyakit lain plak lepas ni.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)