30 September 2014.
Tadi masa blogwalking ke blog orang, terjumpa pasal fungsi Google Street View dalam Google Map Malaysia. Bila google map rumah arwah mak yang aku duduk sekarang, memang teruja dengan hasil kualiti imej yang dipaparkan.
Rupa-rupanya ini imej Google Street View yang diambil pada Januari 2014. Kiranya masa itu arwah mak masih ada lagi. Dalam dok tengok gambar, terkejut tengok ada gambar wheelchair arwah mak berjemur tengah panas, mungkin tempat duduk wheelchair tu lembab (mak guna wheelchair dalam toilet untuk ambil wuduk), jadi arwah bibik jemurkan wheelchair tu di luar laman rumah. Rindunya....
Kebetulan gambar kereta aku pun sama ada dalam Google Street View tu...hohoho~ nasib baik pihak Google ni jenis menjaga privasi, jadi semua nombor pendaftaran kenderaan dia blurkan, kalau tak memang kena saman la kalau timbul isu keselamatan nanti!
Gambar lorong depan rumah mak dari sudut menaiki bukit
Gambar sudut sebelah kanan rumah mak
Wheelchair arwah mak! Siap dengan kain-kain batik lusuh yang biasa mak pakai sebagai kain basahan setiap hari...
Gambar laman rumah mak, kemas je masa ni sebab arwah bibik rajin mengemas dan berkebun dengan arwah mak. Sekarang? Berselang minggu aku dengan encik suami trim rumput supaya tak naik semak.
Gambar sudut pandangan garaj luar rumah dan luar dapur rumah mak. Masa ni kemas lagi kawasan sebelah garaj tu, belum ada tanam pokok ubi dan pokok kari bagai. Sekarang dah naik merimbun pokok ubi kayu dan pokok-pokok lain.
Gambar pandangan sudut dari rumah jiran sebelah kiri. Boleh nampak bilik menjahit arwah mak (yang ada blind warna hijau kecil tu). Sekarang dah jadi bilik simpan koleksi wheelchair arwah mak.
Pandangan dari belakang rumah arwah mak. Rumah jiran atas bukit, so nampak bumbung dapur rumah arwah mak je la dari sudut ni. Hehehehe.....
Pandangan dari belakang rumah arwah mak. Boleh nampak bumbung bilik menjahit arwah mak dari sini.
Bila tunjuk gambar rumah arwah mak dalam whatsapp adik beradik, masing-masing sibuk suruh google street view rumah masing-masing. Hahahah.....dah satu hal plak nak melayan masing-masing request gambar hantar dalam group whatsapp.
P/s: Semalam 29 September 2014 genap 6 bulan arwah mak pergi...
Updated!
Kalau rasa Google Map Malaysia dah langgar hak privasi kediaman korunk, boleh rujuk entri blog ini MediaMalaya untuk ikut cara-cara membuat laporan kepada Google Maps bagi mengaburkan imej kediaman rumah korunk.
saya pun google street view rumah kat kg. Smpi kat jalan utama dan simpang rumah jer..rumah tak nampak. Rumah dlm hutan mmg tak masuk dlm google la..hihi
ReplyDeleteHuhu...nanti Yani nak cuba google rumah mertua plak....huhu
Deleteal-fatihah buat mak yani dan bibik siti ..saya pun dok tengok rumah mak ayah kat kampung guna street view ni :)
ReplyDeleteHehehe...kalau yg jenis jarang balik kampung tu, maybe Google Street View (GSV) ni boleh jadi pengubat rindu...tapi macam tak nampak lagi view yang ada imej orang dalam GSV ni? Pandai betul dia snap imej jalan lenggang je.....
DeleteAdvantage GSV ni kalau kita nak survey tempat2 pelancongan atau jalan yang tak pernah pergi...kalau nak fikir GSV ni memudahkan org jahat nak merompak kita ke/ nak survey rumah kita ke....hurm, sampai bila2 kemudahan IT org sangka buruk...fikir positif je.