17 September 2014.
Sempat ke dalam masa sebulan untuk turunkan berat badan? Berusaha dan bertawakal.
Sempat kot? Tapi jangan la jangka turun berkilo-kilo, kena tengok juga pada apa usaha yang dibuat. Huhuhu...
Berat badan dah naik mencanak-canak ni.
Sekarang berat badan sekitar 66-67 kg. Lepas raya memang dah kelaut semua diet aku. Berat badan terkini timbang kat klinik O&G GH Melaka 19 Ogos aritu ialah 64.7kg. Hebat tak naik 2-3kg dalam masa sebulan?
Salahkan diri sendiri sebab:-
1) Makan bertambah. Kalau lunch, mintak nasi separuh. Tapi dia punya membukit macam tak de beza separuh dengan sepinggan. Makan habis pulak tu. Eh?
2) Kalau masak dan makan dirumah, makan nasi sampai dua pinggan. Eh! Masak sedap mestilah makan bertambah. Nasi pulak selalu masak berlebih. Sayang plak membazir. Hohoho~
3) Snacking lepas waktu kerja sampai lewat malam; makan kerepek ubi pedas sira gula, habiskan baki-baki biskut popia nestum.
4) Banyak naw cheat day dalam seminggu.
5) Niat nak bersenam berkobar-kobar sedari kat opis lagi, sampai rumah dah tak jadi pulak. Dah malas nak sarung balik sport bra dan bersenam.
Meh..meh...kita kembali kepada mode insaf diri;
1) Kawal balik makan. Shake pagi dan malam. Lunch macam biasa tapi kurangkan le apa yang boleh.
2) Masak nasi kat rumah cukup-cukup untuk sekali makan je.....hak hak hak. Kalau berlebih pun, paksa suami habiskan baki nasi tu.
3) Takde lagi late night snacking! Hantar bekas-bekas keropok, kerepek, biskut kat dapur atau jauh dari pandangan mata dan capaian tangan.
4) Hadkan balik cheatday seminggu sekali je.
5) Bersenam setiap hari; tak kisah la powerwalk ke, berzumba ke, buat regangan biasa-biasa ke atau angkat dumbel ke. Janji ada aktiviti berpeluh untuk 30 minit - 1 jam sehari. Memang la hujung-hujung tahun selalunya hujan, tapi boleh powerwalk dalam rumah, kan?
Semoga berjaya!
P/s: Kenapa 14 Oktober 2014? Sebab temujanji klinik O&G tarikh tu....takmo kena tegur dengan doktor lagi!
Nanges bila cakap pasal diet ni.... T-T
ReplyDeleteHuhu...memang nanges pun. Tapi takmo give up dan give in easily, kena fight balik. Biasalah sepanjang berdiet mesti ada masanya kita tersasar dari landasan....jom ST, jom!
Deletejom jom diet.. saya target sebelum stat treatment bulan 11 ni, berat dah 60kg..
ReplyDeletechaiyok
Huhu....diet kena seiring dengan exercise juga ni, setakat kawal makan je ade potensi kecundang especially time weekend. Berat 60kg? Gulp!.....chaiyok2!
Delete