30 Ogos 2014.
Haih...rindu sangat nak makan sup tulang resepi arwah mak. Dari sebelum bulan puasa aritu dah dok aim nak buat sup tulang, sampai kesudah tak juga buat. Ni dah teringin sangat dah ni....lepas jogging pagi tadi, terus ajak suami ke pasar beli daging batang pinang dan tulang selangka nak buat sup tulang.
Resepi Sup Tulang Mak
Bahan-bahan:
1 kg tulang selangka
1/2 - 1 kg daging batang pinang
2-3 biji kentang yang dipotong kecil
Rempah 4 beradik ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pekka )
3-4 sudu besar bawang merah yang dikisar
1-1 1/2 sudu besar bawang putih yang dikisar
1- 1 1/2 sudu besar halia yang dikisar
1 bungkus sup bunjut sup tulang Adabi
2-3 sudu besar perencah sup Adabi
Sedikit daun bawang/ daun sup
Gula
Garam
Perasa
Cara Memasak:
1) Rebus daging dan tulang sehingga empuk (tambah sedikit garam untuk tambah rasa).
2) Bila dah empuk, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
3) Kemudian, masukkan rempah 4 beradik, sup bunjut dan perencah Adabi.
4) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut selera.
5) Siap dan angkat untuk dihidangkan dengan hirisan daun bawang/daun sup.
Nota : Sup tulang arwah mak tak guna cara tumis rempah ratus dan bawang halia dengan minyak. Guna konsep leburkan semua je, alhamdulillah sedap juga.
Kuah Cili Kicap Untuk Sup
Bahan-bahan :
Sedikit bawang merah
Sedikit bawang putih
10 biji cili padi yang ditumbuk halus
Kicap Manis + Kicap Masin
Garam
Cara Buat :
1) Campurkan semua bahan, gaul rata.
2) Kalau ada kicap manis dan kicap masin, tak perlu tambah garam.
3) Cuma kalau tiada kicap masin, gaul sedikit kicap manis dengan garam.
Sup tulang dan perencah sup jenama Adabi
Yang sebenarnya dah rindu sangat masakan arwah mak terutamanya sup tulang ni. Suami tak berapa gemar tulang, kat rumah dulu cuma arwah mak, aku dan bibik yang ligat dok gigit-gigit tulang nak ambil isi daging. Seronok tengok arwah mak berselera makan sup tulang. Arwah mak sebab sayangkan menantu dia yang seorang ni (suami), memang sengaja lebihkan daging batang pinang dalam sup tulang tu jadi suami boleh la makan sama-sama dengan kami.
Gambar atas tu gambar kali terakhir arwah mak buatkan mee sup tulang pada pertengahan bulan Jun 2013 masa aku puasa ganti. Arwah mak kalau buat mee sup tulang, memang lengkap semua bahan-bahan. Aku jer yang malas; makan sup tulang dengan nasi putih dan kuah cili kicap je. Tu pun bertambah dua kali....eh!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)