29 Ogos 2014.
Pejam celik, pejam celik hari ini genap 5 bulan arwah mak pergi. Kami adik beradik sama-sama berbincang via whatsapp pasal kepok dan batu nesan arwah mak. Macam-macam pandangan dan pendapat yang perlu diambilkira. Alhamdulillah, kata sepakat dah dicapai, urusan dengan orang yang diupah buat kepok dan batu nesan pun dah dimulakan. InshaAllah ada rezeki, hari Ahad ni (31 Ogos 2014), kerja-kerja naikkan batu nesan dan kepok dibuat.

Aku seorang je yang masih belum diberi peluang mimpi arwah mak. Sejujurnya, dalam kereta adalah tempat yang paling selalu aku melelehkan airmata bila dah terlampau rindukan arwah mak. Dalam kereta kalau tengah tunggu kat trafic light, browse gambar-gambar arwah, tak sedar dah menitis airmata. Rindunya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Satu je, seboleh-bolehnya aku tak nak tengok atau renung gambar arwah mak masa dalam ICU, aku jadi sebak hati sangat-sangat dengan keadaan arwah mak masa tu. Aku lebih tenang bila tengok gambar arwah mak tersenyum, gambar tengah happy dengan anak-anak dan gambar lama-lama mak yang sihat.

No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)