28 August 2014

Resepi Rendang Ayam Dan Daging Mak


Saje letak dalam blog, senang nak rujuk bila-bila masa. Resepi rendang ayam dan daging, resepi arwah mak. Mungkin ada terlebih terkurang berbanding resepi orang lain, tapi aku masih nak kekalkan resepi tulisan tangan arwah mak.

Resepi Rendang Daging Mak

Rempah Tumis :
15 - 20 biji cili padi yang dikisar
1 labu besar bawang merah / 2 - 3 sudu besar yang telah ditumbuk
3 biji bawang putih / 1 sudu besar yang telah ditumbuk
1/2 inci halia /  1 sudu besar yang telah ditumbuk
3 - 4 sudu rempah adabi kari ayam dan daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai yang dihiris dan ditumbuk halus 
Sedikit lengkuas yang ditumbuk halus

750 gm - 1 kg daging batang pinang (direbus hingga empuk, guna sedikit air rebusan untuk kuah rendang )*
1 kotak santan
1 1/2 - 2 mangkuk air
Sedikit serbuk perasa, garam, gula pasir
2-3 keping asam keping
1 sudu kerisik
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus
2 helai daun limau purut - dihiris halus

* Nota : Kalau ikut cara adik aku, dia leburkan je daging dalam masakan, tak rebus dulu. Mana-mana cara pun boleh. Mungkin kalau nak lebur terus dalam rendang, kena berkuah banyak sikit sebab nak kena masak sampai daging empuk.

Cara Memasak :
1) Tumiskan rempah-rempah tumis dengan minyak yang panas sampai hampir garing.
2) Masukkan santan pekat 1 kotak, kacau hingga sebati.
3) Masukkan daging batang pinang yang telah direbus ke dalam kuali.
4) Campurkan sedikit air ke dalamnya (sukatan ikut kita nak kuah banyak atau sedikit).
5) Masukkan gula, garam, perasa dan asam keping.
6) Taburkan hirisan daun kunyit, daun limau dan kerisik dalam masakan.
6) Masak, dan boleh diangkat.

*******************************************************************

Resepi Rendang Ayam Mak

Rempah Tumis :
15 - 20 biji cili padi yang dikisar
1 labu besar bawang merah / 2 - 3 sudu besar yang telah ditumbuk
3 biji bawang putih / 1 sudu besar yang telah ditumbuk
1/2 inci halia /  1 sudu besar yang telah ditumbuk
3 - 4 sudu rempah adabi kari ayam dan daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai yang dihiris dan ditumbuk halus

1 ekor ayam yang dipotong 15 bahagian (arwah mak suka goreng dulu ayam sebelum campur dalam rendang)
1 kotak santan
1 1/2 - 2 mangkuk air
Sedikit serbuk perasa, garam, gula pasir
2-3 keping asam keping
1 sudu kerisik
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus
2 helai daun limau purut - dihiris halus

Cara Memasak :
1) Tumiskan rempah-rempah tumis dengan minyak yang panas sampai hampir garing.
2) Masukkan santan pekat 1 kotak, kacau hingga sebati.
3) Masukkan ketul-ketul ayam yang sudah digoreng kunyit ke dalam kuali.
4) Campurkan sedikit air ke dalamnya (sukatan ikut kita nak kuah banyak atau sedikit).
5) Masukkan gula, garam, perasa dan asam keping.
6) Taburkan hirisan daun kunyit, daun limau dan kerisik dalam masakan.
6) Masak, dan boleh diangkat.

4 comments:

  1. Replies
    1. Sila..sila....kot ada nak mix and match resepi ni dengan resepi Eida selalu guna, apa salahnya.... ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Huhu..Kak Nuriz ni.....ni Yani masak masa makan-makan dengan kawan sepejabat kat rumah arwah Mak Yani aritu...1st time masak secara pukal dan untuk orang makan....alhamdulillah, licin....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)