29 April 2014

Sebulan Pemergian Mak Dan Kenangan Kami Adik Beradik


29 April 2014.

29 Mac - 29 April 2014. 
Genap 1 bulan pemergian bonda Fatimah Binti Ahmat. 
Allahuakhbar...rindu segala-galanya tentang bonda.

Bila adik-beradik mula mengenang kenangan manis dan indah bersama arwah mak, getar sebak dalam hati ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa lagi yang tinggal dalam hidup kami adik beradik, selain daripada kenangan arwah mak?

Panggilan nama 'Ida' dalam status-status whatsapp ni merujuk kepada 'aku'.



Panggilan nama 'Ida' dalam status-status whatsapp ni merujuk kepada 'aku'.

Betul....banyak kenangan adik beradik yang kami adik beradik yang hujung-hujung ni tak tahu. Jadi bila kakak-kakak dan abang cerita balik kenangan-kenangan mereka, sekurang-kurangnya kami dapat berkongsi rasa itu.


Bila cerita part pengalaman diri sendiri (apantah lagi ini adalah pengalaman di saat-saat akhir sebelum mak menutupkan mata dan tak buka-buka lagi sampai akhir hayat mak), aku menangis teresak-esak sambil menaip ayat-ayat kat atas ni. 



Panggilan nama 'Ida' dalam status-status whatsapp ni merujuk kepada 'aku'.

Ya Allah, besar sungguh nikmat yang Engkau berikan pada hambaMu ini....
3 tahun lebih tanpa zuriat, tapi Allah beri peluang yang sangat berharga, aku dapat duduk serumah dengan arwah mak. Sakit pening mak, aku yang nampak dulu.

Cuti kemana-mana, inshaAllah aku tak lupa bawa mak sekali.
Bersesak macam mana pun dalam kereta kecil kami, aku tetap bawa mak. Nak happykan hati mak, tak nak mak rasa bosan duduk di rumah sahaja. Syukur, aku dapat suami yang memahami, malah aku tahu, mak paling sayang menantunya yang seorang ni. Seminggu pemergian mak, kami suami isteri menangis bersama-sama teringatkan mak, rindu mak.


Panggilan nama 'Ida' dalam status-status whatsapp ni merujuk kepada 'aku'. 

4 comments:

  1. Mudah2an Yani adik beradik diberi kekuatan dan ketabahan.,sama2 kita berdoa..:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kak Nuriz...bila dengar balik video mak...terngiang2 suara mak...rindu sangat.

      Delete
  2. ambik masa nak biasakan diri kan yani... smg Allah terus beri kekuatan buat yani sekeluarga...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST, hidup rasa sunyi sangat tanpa mak. Kadang2 masih tercari2 kelibat mak kat rumah ni.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)