23 April 2014.
Hari ni, CD1.
Period datang pada CD31, bermaksud cycle bulan lepas adalah 30 hari.
Memang period bulan Mac datang tepat 28 hari (24 Mac - 28 Mac 2014).
Tapi bila terkenang balik, masa tu aku period di waktu-waktu kritikal dalam hidup aku. 24 Mac 2014 (Isnin) hari yang sama arwah mak admit semula ke GH Melaka sebab keadaan kesihatan merundum semula lepas balik ke rumah, dan itulah hari pertama aku period. 25 Mac 2014, mak dah mula tak sedarkan diri, keadaan jantung drop tiba-tiba dan mak dalam keadaan mild strok. Dipindahkan segera ke CCU dari wad biasa.
Masa tu aku berdoa dalam hati, biarlah period aku habis cepat.
Alhamdulillah, Allah dengar doa aku.
Aku betul-betul bersih pada CD5 28 Mac 2014 (Jumaat).
Arwah mak meninggal hari Sabtu (29 Mac 2014), dan aku berpeluang bantu sama memandikan dan mengkafankan mak, dengan adik beradik perempuan aku.
Aku perasan, berada dalam keadaan stress dan tertekan sepanjang tempoh 5 hari berulang alik ke GH Melaka, memang period aku tak keluar banyak. Tapi alhamdulillah sampai juga CD5. Mungkin juga disebabkan badan terlalu letih dan aku pun tak fikirkan sangat pasal period aku, perhatian sepenuhnya pada keadaan arwah mak masa tu.
Lepas period pun, aku memang tak fokus pada perubahan badan. Tak fokus cari EWCM, aku antara perasan tak perasan EWCM tu muncul atau tak. Rasa macam ada, tapi tak signifikan sangat. Bila simptom breast tenderness muncul CD18 (10 April 2014) selama 2 minggu, aku dah boleh agak period kali ni (bulan April) akan delay sedikit. Selalunya simptom tu muncul CD13-17, jadi boleh anggar cycle period bulan semasa adalah 28 hari.
Hari yang aku jangka aku akan period (21 April 2014), period tak muncul. Cuma aku dah mula rasa simptom-simptom loya, pening kepala dan nak muntah, rasa lenguh pinggang dan watery di Puan V. Dari situ aku dapat agak aku akan period dalam sehari dua (which is hari ini).
Jadi, hari ini start semula makan EPO pada CD1.
P/s: InshaAllah akan proceed laporoscopy bulan Mei ini, tarikh tu masa CD belas-belas.
Inna ma'al 'usri yusro,selepas kesusahan ada kemudahan..akak kalau rasa tengah berada dalam keadaan susah suka baca ayat ni dalam hati pujuk diri....memang betul kan?*tgh tunggu cik p gak*
ReplyDeleteGood info Kak Nuriz, moga jadi amalan Yani juga lepas ni...harap cik P Kak Nuriz datang normal ye? ;)
DeleteYani be strong. Semoga dipermudahkan time laps nanti. L pn suka EPO time period. Lancar n dah tak sakit2.
ReplyDeleteInshaAllah L...harap2nya begitulah masa laps nanti. Makan EPO ni kurang skit rasa berdenyut/sengugut...tapi takde la tak sembuh sgt. Tapi Yani perasan, period datang takde spotting2 brownish lagi dah, tup2 period darah haid je...senang nak kira hari period.
Deletekite kalau dgr laps je skrg jd nebes...walaupun bukan kte yg alami..laps ni kira last choice doc kan..smoga dipermudahkan urusan yanie. aminnn.
ReplyDeleteThe word "last choice" tu agak kurang tepat..laps tu one of the ways nak investigate apa keadaan dlm rahim secara lebih detail berbanding cara TVS dan ujian HSG. Mungkin ada cara lain, dan laps adalah salah satunya. :)
Deleteooo betul2..kalau ada apa2 dia boleh repair terus kan? sy risau lepas mkn progyluton ni doc ckp maybe go for laps. yanie buat kt mane ye? mahal x? hihi
DeleteGo for laps terus ke? Dah buat HSG ke? Yani buat laps di GH Melaka...governmant servant free....
Deleteyani nak buat Laps ye.... moga dipermudahkan ye.. eh eh dompet ubat kite same laa... daiso mariiii ;))
ReplyDeleteInshaAllah Eida....minggu depan ni. Sama eh dompet ubat kita? Sekarang jadi collector barang-barang Daiso....comei2, geram dibuatnya.. :)
DeleteEverything happend for a reason, InshaAllah, mcm yg kak nuriz kata, lps kesusahan, ada kesenangan... smg Allah permudahkan...amin...
ReplyDeleteInshaAllah...doakan yang terbaik untuk operation laps Yani minggu depan ye...harap tak ada yang tak enak didengar lepas laps nanti...
Delete