07 April 2014

Mak : Benda Yang Buat Teringat-ingat Pada Mak

7 April 2014.

Hati rasa tiba-tiba sebak bila setiap perbuatan kami mengingatkan kepada mak. Apa sahaja yang kami lakukan, pasti ada kaitan dengan mak.

Macam tadi, masa dalam perjalanan ke Port Dicksons...waktu memandu tiba-tiba teringat pada mak. Kebiasaannya, kalau kemana-mana, mak akan kerap telefon tanya khabar, dah sampai ke belum, tengah buat apa tu, dah makan ke belum dan macam-macam lagi. Bergenang air mata masa tengah drive, cepat-cepat sedekahkan Al-Fatihah pada arwah mak dan abah.

Dalam group whatsapp kami adik beradik, bila seseorang dari kami dah mula meluahkan rasa rindu dan teringat-ingat pada arwah mak, automatik hati jadi sayu dan sebak. Saling meluah rasa yang terbuku dalam hati sejak ketiadaan mak. Saling bertukar-tukar gambar kenangan bersama mak antara adik beradik untuk simpanan bersama. Bila renung gambar mak tersenyum atau gelak ketawa, hati terasa sangat tenang dan damai sekali. Kami mahu sentiasa mengingati mak dengan wajah yang gembira dan manis.

8 comments:

  1. Sebak L baca. Semoga mak Yani tenang di sana. Untung mak yani ada anak2 yg slalu ambil berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga sebaliknya L....kami adik beradik beruntung ada mak yang sangat ambil berat kebajikan anak-anak walaupun kami dah berumahtangga.

      Delete
  2. Al Fatihah untuk mak Yani.. kita selalu doakan mereka.. Insyallah semuanya akan oke.. memula mmg la terasa.. akak dulu pun masa arwah ayah pergi cam tu juga.. apatah lagi ayah pergi secara mengejut.. rasa cam taktahu kat mana hikmahnya (even smpai skrg - dah 10 tahun pun still tak 'nampak') Tapi, yakin Allah lebih Mengetahui kan... *hhugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah KekDa...masa yang akan menentukan semuanya tapi kami berharap sangat adik beradik tak berpecah lepas ketiadaan mak ayah ni.

      Delete
  3. Masih baru lagi yani... sebab tu terasa sangat...rutin yani dah berubah... ambik masa nak biasakan diri. Time will heal all pain, InshaAllah... Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ST, baru seminggu lebih...mana mungkin boleh hilang dari ingatan sepantas kilat. Lagilah Yani ni tinggal dengan mak sejak kahwin sampai akhir hayat mak, perasaan kehilangan tu sangat terkesan sampai ke hari ini. InshaAllah...

      Delete
  4. Al-Fatihah Yani
    Time will heal.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Sue....tapi tak nak lupa langsung kenangan yg ada dengan mak dan ayah. Tak boleh diganti dan dijual beli.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)