26 March 2014

Mak Dan Laporoscopy

26 Mac 2014.

Kita hanya merancang, tapi Allah yang Maha Berkuasa menentukan. Mak sedang nazak di CCU GH Melaka. Pernafasan dibantu dengan mesin pernafasan. 4 jenis ubat naikkan tekanan darah sudah dimasukkan. Doktor pakar suruh bersedia dengan segala kemungkinan.

Saat genting ini, aku dahulukan kepentingan mak. Tengahari tadi aku ke klinik OnG yang berada di tingkat bawah CCU. Aku minta tunda tarikh pembedahan laporoscopy. Berilah apa tarikh sekali pun, tapi bukan dalam masa terdekat ini. Aku tahu aku tak mampu untuk hadapi dua benda ini dalam satu masa.

Sudah 3 hari aku berkampung di GH Melaka dengan semua adik beradik. Aku tak boleh fokus dengan kerja di pejabat. Mana mungkin. Mak sedang bertarung nyawa dan aku di pejabat? InshaAllah..bacaan Yasin tak pernah putus dititipkan untuk mak. Aku tahu aku banyak kelemahan. Saat ini apa yang terbaik semuanya datang dariNya.

Hari ini aku kuatkan semangat untuk tak menangis macam semalam. Aku mencari kekuatan untuk berbual dekat telinga mak; cerita yang positif, buat lawak, cerita pasal rumah, pasal adik beradik dan pasal cucu-cucu mak. Aku sisirkan rambut mak, ciuman bertalu-talu aku kucupkan ke pipi dan dahi mak serta pakaikan kaki mak dengan stokin tebal.

14 comments:

  1. yani, be strong...coz i know u r. inshaAllah, i doakan for ur mum. take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST, thanks sebab sudi dengar luahan Yani dlm whatsapp....beban dalam hati kadang perlu tempat luahan, tak tertanggung untuk disimpan dalam hati sendiri...

      Delete
  2. Yani.. banyakkan bersabar. Kuatkan semangat.

    ReplyDelete
  3. Tabahkan hati Yani..Semoga segala hajat Yani dimakbulkan Allah..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Nuriz....inshaAllah, hari ini emosi semakin stabil dan dah mula berfikiran positif...

      Delete
  4. strong and very determine person is u yani.all bloggers can c that...semoga Allah meringankan kesakitan mak yani.inshaaAllah yani and keluarga juga tabah mhadapi segala ketentuanNya.pbykkan doa.inshaaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat di mata orang tak sama apa yg dirasa, Iya. Cuba buat suara happy bila berhadapan dengan mak yang tertutup mata berselirat dengan macam-macam wayar, getar suara dan hati sebak tak boleh disembunyikan.

      Delete
  5. Yani..me tak pernah rasa apa yang yani rasa kali ni...tp me harap,yani tabah n kuatkan semangat..menangislah kalau menangis itu boleh lepaskan beban di dada..smg ALLAH permudahkan urusan Yani dan keluarga..hugss..

    ReplyDelete
  6. semoga ur mom akan sembuh like usual. in shaa allah...

    ReplyDelete
  7. Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyeksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

    Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
    Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

    Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.

    Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:
    Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

    Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

    La tahzan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ada betulnya...ada manis di sebalik semua ujian ini dalam hidup Yani dan adik beradik. Hari kedua mak di CCU hati dh mula redha, pucuk pangkalnya ini dugaan dari Allah untuk uji dan lihat sedekat mana diri ini kembali merayu padaNya...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)