20 Mac 2014.
Semalam mak dibenarkan balik ke rumah. Alhamdulillah jangkitan kuman dalam darah makin sembuh tapi ubat pil antibiotik masih dibekalkan untuk mak habiskan di rumah. Petang selepas waktu kerja, terus bergegas ke wad. Selesaikan urusan pendaftaran keluar di kaunter hasil GH Melaka, sementara bibik kemaskan barang-barang dan pakaikan mak baju kurung.
Berkesempatan ucap terima kasih pada doktor dan nurse yang telah menjaga mak sepanjang di sana. Semoga Allah kurniakan pahala melimpah ruah dan permudahkan urusan mereka semua. Lama mak duduk wad kali ini; sebulan sehari (32 hari).
Mak masih demam, kemungkinan sebab luka di bahagian bawah punggung belum betul-betul kering. Disebabkan kebanyakkan masa mak baring dan pakai pampers, kulit punggung mak jadi sensitif dan mengelupas menjadi luka besar. Doktor bekalkan ubat cuci luka dan kain pembalut. Mak selalu mengaduh sakit dan tak dapat duduk lama sebab luka tu betul-betul di bahagian tulang pinggul. Badan mak dah la kurus dan bahagian punggung tak berdaging sangat, jadi bila duduk memang kena part tulang.
Doakan mak sembuh ye kawan-kawan?
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)