01 March 2014

Cabaran 90 Hari 2014 : Berpeluh Untuk Sihat



1 Mac 2014.

Dah masuk bulan Mac dah? Gosh!
Bulan terakhir untuk cabaran 90 hari pertama untuk tahun 2014. Jadi ini aktiviti riadah pertama untuk bulan ini. Selesai trek 10,000 langkah tanpa cheat / skip trek asal berdua dengan suami.

Semalam suami siap ingatkan nak jogging/brisk walking hujung minggu. Gara-gara kami banyak derhaka dengan diet sihat kebelakangan ini. Sungguh fail. Musuh utama dalam usaha diet sihat adalah nafsu dalam diri sendiri.

Struggle untuk turun berat badan adalah sama strugglenya untuk maintain berat badan. Jangan fikir bila dah turun berat badan, kita dah boleh usik makanan/minuman yang kita jauhi sepanjang berdiet ketat dulu. No no no no.... pemakanan masih perlu dikawal, once dah kembali pada gaya pemakanan lama, sia-sia je la usaha selama ini. Dah tu aktiviti bersukan lupa terus. Memang la mengundang berat badan naik mendadak, malah lebih obes dari asal. Minta dijauhkanlah dari diri ini.....amin, ya Allah!

1km = 48.4kkal yang dibakar = 1 biji kuih apam beras / 6 keping kerepek ubi kayu
2km = 97.0 kkal yang dibakar = 1 gelas minuman bergas / 1 potong kek
3km = 145kkal yang dibakar = 1 biji karipap / 1 biji pau kacang merah
4km = 194kkal yang dibakar = 1 keping chapati / 1 ekor ikan goreng
5km = 242kkal yang dibakar = 1 mangkuk bubur kacang hijau / 2 senduk bihun goreng 
6km = 290.4kkal yang dibakar = 1 pinggan mee goreng / 1 ketul ayam goreng madu

4 comments:

  1. Yani, sama la... I pon ensabotaj dirisendiri.... Punya malas nk senam n jaga makan.... Huuhuhu.... X pe, pasang balik azam start bulan 3 ni nk teruskn usaha turunkan berat badan... Doakan i istiqamah ye.... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama la kita ye ST....bertabahlah utk kurang sebulan dari sekarang untuk sebarang penurunan berat badan kita....kena usaha sungguh2...

      Delete
  2. Replies
    1. Chaiyok juga untuk Eida!! Nanti Eida buatlah entri pasal aktiviti fizikal dan info kesihatan sepanjang usaha Eida...mana tahu boleh beri inspirasi pd kawan-kawan juga....mesti best entri Eida nanti!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)