15 Mac 2014.
Musim jerebu ni jangan cari pasal sedut udara lama-lama kat luar rumah. Nampak je macam mendung nak hujan, tapi sampai kesudah tak turun setitik pun hujan. Kat Melaka ni, banyak tempat yang terbakar tiba-tiba sebab cuaca panas dan sangat kering. Semalam on the way ke GH Melaka, ada kebakaran semak di antara celahan rumah teres depan Akademi Kastam Melaka, berkepul-kepul asap sampai mula-mula fikir ada kebakaran rumah.
Hikmah jerebu ni, alhamdulillah masih dapat bersenam di dalam rumah dengan suami. Lepas solat Subuh, siapkan shake Herbalife masing-masing dan terus pasang video Leslie Sansone. Berpowerwalk dngan suami sejauh 8.05km sambil menggunakan dumbel 3lbs. Berpeluh satu badan, harap-haraplah dapat bakar kalori sekurang-kurangnya 388kkal pagi ini.
Selesai je bersenam, minum aloe, teamix dan shake Herbalife sambil tonton berita di Astro Awani pasal kapal terbang MH370. Selesaikan 2 bakul pakaian untuk dibasuh dalam mesin basuh, lepas tu cuci tandas dengan suami. Riuh mulut bising beri arahan pada suami sambil mencuci daki atas lantai tandas. Kesian dia..hehe~
Mengenangkan dah lama tak cuci bersih-bersih tandas sejak mak masuk wad. Manalah larat nak mengemas rumah sepanjang mak masuk wad ni, pagi sampai petang kerja, lepas bekerja pecut ke GH Melaka jenguk mak, maghrib gerak balik, sampai rumah dah pukul 8 malam. Mandi, solat Maghrib dan Isyak lepas tu dinner shake Herbalife. Dapat lipat kain baju sebakul dua, melepek tertidur atas katil. Nak tengok movie dan tv pun dah tak ada selera. Rutin yang sama sepanjang 3 minggu ni. Waktu kat opis dah niat nak bersenam balik nanti...hurm! Sampai rumah dah keletihan.
Selesai cuci tandas, sambung cuci dan mop lantai dapur. Berminyak-minyak kaki rasanya masuk dapur. Dapur berasap hari minggu je, masakkan bekal untuk mak dan bibik. Hari bekerja minta ampun minta maaflah, tak sempat nak masak. Dah suami isteri breakfast shake, tengahari makan di luar dan malam pula minum shake lagi. Peti ais penuh dengan buah-buahan je.
Haa....baru berbaloi-baloi berpeluh sakan hari ni. Mencungap suami isteri.
Berbaki dua minggu ni sebelum buat laporoscopy, aku berazam nak jaga pemakanan dan bersenam bersungguh-sungguh. Nanti masa berpantang lepas operation, nak buat aktiviti fizikal lasak-lasak macam sekarang mungkin makan masa sampai beberapa bulan. Oh...rindunya nanti.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)