21 March 2014

Cabaran 90 Hari 2014: Berat Badan Minggu Ketiga Mac 2014

Bacaan berat badan minggu ke-1 Mac 2014

21 Mac 2014.

Minggu Pertama Mac

Gambar di atas tu timbangan berat badan semasa di rumah tanpa pakaian. Sebelum bersiap pergi kerja, suami isteri menimbang berat. Aktiviti bersenam hanya dapat buat hari Sabtu Ahad je, hari bekerja dah keletihan sebaik sahaja sampai rumah dari GH Melaka.

Timbang berat badan di pejabat - 7 Mac 2014

Minggu Kedua Mac

Bacaan berat badan minggu ke-2 Mac 2014

Minggu Kedua tak ada sesi menimbang di pejabat beramai-ramai. Kebetulan 11 Mac 2014 ada temujanji di klinik OnG Melaka, jadi ambil kira juga bacaan berat badan tu sebagai berat badan minggu ke-2 bulan Mac. Naik kan dari bacaan berat badan bulan Februari 2014?

Timbang berat badan di klinik OnG GH Melaka - 11 Mac 2014


Minggu Ketiga Mac

Oleh kerana tak boleh terima kenyataan berat badan makin naik atas kesilapan diri sendiri, gagahkan juga diri untuk bersenam (powerwalk) bermula dari hari Sabtu (15 Mac 2014) setiap malam sehingga hari ni (21 Mac 2014). Selain itu, alhamdulillah tiada lagi 'cheatday' setakat seminggu lebih ini; 2 kali shake Herbalife dan makan nasi macam biasa waktu tengahari.

Bacaan berat badan minggu ke-3 Mac 2014

Timbang berat badan di pejabat - 21 Mac 2014

Tinggal lagi seminggu untuk 2 aku capai matlamat Cabaran 90 Hari 2014; untuk penurunan berat badan dan kesihatan diri sebelum pembedahan laporoscopy awal bulan April ini. Kalaupun tak dapat turun berat badan, kekalkan berat badan sedia ada aku pun dah cukup bersyukur. Mungkin aku kena lebihkan usaha buat aktiviti fizikal, kurangkan lagi pengambilan kalori mengikut BMR sedia ada dan tambahkan semula kuantiti air minuman seharian dari 6 liter kepada 8 liter dan lebih.

Persediaan kesihatan sebelum laporoscopy, memandangkan dalam tempoh beberapa bulan selepas tu tak digalakkan buat aktiviti fizikal yang lasak, kena pastikan cari info apa aktiviti fizikal yang sesuai (mungkin weight lifting untuk upper part) dan fokus pada pengambilan shake Herbalife untuk pemulihan sel baru dalam badan dan menyembuhkan luka dengan cepat.

InshaAllah, semoga Allah permudahakan semua usaha....amin!

7 comments:

  1. salam jumaat dear, wah bagus buat cabaran macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus, boleh dapat semangat dan motivasi bila berdiet ada kawan. Hehe...Sweet Tooth yang buat cabaran ni, i follow je... :)

      Delete
  2. Yani, i dok mengumpul semangat teruskan exercise hari2...scale i x bergerak... but i noticed lengan tangan dah kecik... heheheh... x pe... hopefully jgn la dia sangkut lama2 kat weight ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST, sebab tu la Yani suka timbang berat dengan penimbang Tanita, selain boleh timbang berat badan boleh juga tahu peratus lemak dan air dalam badan. Macam Yani, berat tak turun banyak (tak sampai 1 kg pun) tapi Yani concern peratusan lemak (W1 - 37.9, W2, N/A, W3 - 37.3) which means bersenam bantu lemak terbakar. Sama juga bab air dalam badan (W1 - 45.5, W2 - N/A, W3 - 45.9) yg mana peratus air dalam badan naik (memudahkan air cairkan lemak dalam badan).

      Delete
  3. good luck yani! semangat tau tengok blog yani ni untuk buat exercise hari hari. i pulak memang sangkut kat berat tu je. tapi notice yang peha dah makin mengecik. betul tu, kena tengok peratusan lemak jugak. sebab 1kg lemak and 1 kg muscle banyak bezanya dari segi saiz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck juga Zura! Usaha kena tingkatkan...kurang seminggu je lagi nak wrap up cabaran ST tu....

      Delete
  4. bestnye tgk bila berat makin menrun..all d best yani!!..jln2 blogwalking
    jemput follow blog i ye
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)