17 Mac 2014.
Mula jam 8.50 malam, selesai jam 10.00 malam. Selesai power walk 4miles (6.44km) sambil angkat beban dumbel 6lbs. Walaupun buat powerwalk dalam bilik beraircond, peluh menitik-nitik dibuatnya. Letih badan tapi nak buat macam mana, kena buat juga.
Orang selalu ingat proses menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan adalah suatu proses yang mudah dan lancar. Ye tak?
Sorry to say, tak mudah sejujurnya.
Sorry to say, tak mudah sejujurnya.
Sumber Gambar : FB Page From Fat to Fit Chick
Bukan setiap masa badan akan bekerjasama dengan diri kita dan penurunan berat badan sentiasa turun. Lagilah orang perempuan. Aku bercakap berdasarkan pengalaman diri dan pembacaan. Kalau orang lelaki, proses penurunan berat badan agak mudah berbanding orang perempuan sebab dia tak perlu deal dengan isu bloated dan period setiap bulan. Jika dia usaha lebih sedikit je; jaga makan dan bersenam secara kardio serta mengangkat bebanan...inshaAllah lebih cepat turun berat badan dan bina otot. Dalam beberapa minggu dah boleh lihat hasil penurunan berat badan secara fizikal.
Kita perempuan ni kena deal dengan isu bloated dan period. Let's say seseorang perempuan tu ada kitaran period 28 hari; dia hanya ada lebih kurang 2 minggu untuk lakukan senaman secara intensif untuk tujuan turunkan berat badan sebelum simptom bloated semasa period melanda badan (tempoh seminggu). Semasa period pula, kena struggle dengan nafsu dan selera makan yang membuak-buak. Nak bersenam pun kurang selesa. Minggu seterusnya selepas period, kadar metabolisma badan akan menjadi agak perlahan; bermaksud walaupun dia lakukan senaman bakar kalori, tidak banyak kadar kalori yang boleh dibakar dalam tempoh itu.
Sumber Gambar : Keratan akhbar Kosmo Ahad semalam
yani, betul tu...tiba time bloated coz of AF nak datang, boleh patah semangat sebab scale weighing tu statik, or worse naik...kena kuat semangat nak turunkan berat ni....
ReplyDeleteHaaaa....betul tu! Sebab tu Yani tak suka timbang berat badan minggu ke-3/4 setiap bulan sebab tu timing period dan badan bloated. Range tarikh period Yani dalam lingkungan 18hb ke 30hb....sebab tu la, hati berat je nak naik atas scale, tahu akan naik + statik je kat nombor yang sama.
Delete