05 February 2014

Sebulan Lagi, Buat Laporoscopy Atau Tidak?

5 Februari 2014.

Cerita semalam.

Temujanji pertama di klinik OnG GH Melaka untuk tahun 2014. Bertukar hari pula, selalu temujanji aku pada setiap hari Jumaat, kali ini dah ubah ke hari Selasa. Lepas-lepas ni pun nurse cakap akan ikut hari yang sama; Selasa.

Temujanji jam 9.00 pagi, pukul 8.30 dah sampai. Lepas letak kad temujanji, macam biasa masuk bilik 11 untuk ambil bacaan berat dan tekanan darah. Berita best…berat naik sedikit dari berat bulan Disember 2013 dan tekanan darah naik. Kui kui kui…


Menunggu nombor giliran hampir 2 jam lebih. Pukul 11.00 pagi baru nombor giliran aku dipanggil. Masuk bilik nombor 2. Seperti kebiasaannya, doktor akan tanya period dah ok ke belum, berapa kali bersama dengan suami dalam seminggu dan ada symptom sengugut yang teruk tak (which is related to endo symptom yang aku belum rasa setakat ini). Lepas tu, doktor ada rebiu keputusan HSG aku; Alhamdulillah ada hikmahnya aku dah tahu awal-awal keputusan HSG walaupun secara tak formal dari kawan adik aku. Sekurang-kurangnya aku dah boleh terima kenyataan dan mood dah kembali ok. Doktor terangkan berdasarkan catatan doktor bahagian X-Ray tu, tiub kanan ok dan normal. Tiub kiri agak sempit dan macam ada blockage. Tapi takde pula dia sebut bab suspected endo based on bahagian atas dinding rahim ada irregular surfaces tu.

Doktor ada sebut pasal pembedahan laporoscopy untuk masalah tiub kiri ni, cuma kena tunggu lagi sebulan untuk doktor pakar (Dr. Tham) tengok semula x-ray HSG aku dan beri pendapat sama ada nak proceed lapo atau ada cara lain. Aku rasa Dr. Tham tak ada kat GH Melaka kot masa tu, so masing-masing tak boleh nak beri apa-apa cadangan. Doktor ada tanya sama ada suami dah buat 2nd SFA tak? Aku cakap ada buat 28 Jan 2014 haritu tu tapi rasanya belum keluar keputusan. Doktor volunteer nak pergi semak sendiri keputusan SFA tu kat lab, tapi seperti yang dijangka..belum siap. Jadi, mungkin sebulan lagi baru boleh tahu keputusannya masa temujanji aku dengan Klinik OnG.

Kali ini, tak ada apa-apa ubat yang diberi, mungkin sebab doktor tengok kitaran period aku dah kembali normal (inshaAllah!) dan keluar setiap bulan. Clomid pun tak ada. Duphaston pun tarak. TVS pun tak buat. Doktor serahkan fail pada aku untuk bagi pada nurse, set temujanji bulan depan. Tarikh yang aku dapat; 11 Mac 2014.


Masa tunggu nurse semak tarikh temujanji seterusnya, aku bisik kat suami….aku berdoa banyak-banyak dalam hati, semoga ada keajaiban Allah boleh conceive naturally tanpa perlu bedah atau prosedur-prosedur ini. Perancangan Allah untuk kita unik, walaupun secara perubatan those things je boleh bantu untuk conceive. Tak salahkan mengharap dengan diiringi doa, usaha, ikhtiar dan tawakal…kan?

P/s: Jumaat - Ahad ini adalah honeymoon fully-sponsered kami di Tambun, Perak. Hari Keluarga jabatan sebenarnya pun, tapi being the only couple yang childless, kami anggap ini honeymoon kami untuk tahun ni. =) Nak honeymoon puas-puas, di mana projek memikat suami pun bermula...meeoowwww~ Hihihi....

12 comments:

  1. Lama tak track citer kat sini.. huhu..
    By d way, akak kagum ngan awak.. yg tak jemu2 ber treatment.. Insyaallah, ada rezeki atas usaha tanpa henti ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..lama jugak KekDa tak datang jenguk blog Yani ni, kan? Tak sudi ke? Hehehe....
      Kak, kalau Yani jemu dan give up awal-awal, that's mean Yani mengaku kalah dan tak berusaha sebaik mungkin macam kawan2 TTC yang lain (termasuk KekDa sekali). Perjalanan Yani jauh lagi kak....doakan Yani sekuat dan setabah KekDa.
      InshaAllah...ade rezeki kita semua, Allah tak pernah kejam pada kita.

      Delete
  2. iya pon doakn yani conceive naturally.hehehe.ameen..enjoy ur honeymoon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, inshaAllah, doa yang sama untuk kita semua.....yeszaaa....nak honeymoon tanpa stress....

      Delete
  3. insyallah..honeymoon nt ada rezeki naturally...hehe...meeeoooowwww ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu~ meeeoooow....kena manja2, baru feel honeymoon datang.....

      Delete
  4. za doakan semoga puan blog dikurniakan cahaya mata, insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Za...inshaAllah, dengan izinNya juga kan? Thanks alot sudi jengah blog Yani ye?

      Delete
  5. amin..moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yg soleh solehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn.....inshaAllah Nurul Asma......baby dust untuk Nurul Asma dan kawan2 yang lain juga tau! =)

      Delete
  6. Yani.... :-) lama x terjah... ni baru bleh blogwalking. dok jetlegged x abis2 (read tido). InshaAllah,,,semoga Allah kurniakan rezeki tu naturally :-) Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...rindu plak tggu komen2 Sweet Tooth...takpe2, rehat2kan badan dulu...inshaAllah juga...amin!!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)