17 Februari 2014.
Mak dah tak sedap badan dari awal minggu lepas melarat ke hari ni. Mula-mula badan lemah, sakit sana-sini, sampai skip dialisis hari Khamis lepas. Hari Jumaat lepas kemuncak sakit mak. Dah demam panas, cirit birit dan tak bermaya langsung. Makan dah la kurang sebab tak selera, demam ni lagilah tak nak jamah sangat makanan sebab lidah kering dan ada ulser di tekak.
Sabtu, gagahkan juga mak ke pusat dialisis untuk sambung dialisis yang tertangguh. Alhamdulillah, dapat juga selesaikan 4 jam rawatan dan nampak segar sedikit. Tapi menjelang malam Ahad, mak dok mengadu sakit satu badan semula. Serba tak kena satu badan; kepala sakit, dalam telinga sakit, bawah dada sakit, perut sakit. Terbaring je atas sofa.
Aku whatsapp dengan adik aku, dia suspect mak ada jangkitan kat bahagian perut sebab orang yang buat dialisis berisiko. Ahad petang aku bawa mak ke klinik 24jam. Doktor siap tanya nak buat surat refer hospital tak? Lepas periksa mak, doktor bagi 2-3 jenis ubat; ubat angin (doktor kata perut mak kembung), antibiotik, ubat demam, ubat tahan sakit dan air garam. Balik dari klinik, bagi mak makan ubat lepas jamah sikit makanan dan sebelum tidur.
Aku bincang dengan suami, minta dia monitor keadaan mak waktu pagi Isnin aku masuk opis. Lagipun suami ada urusan dia dengan klinik kesihatan daerah ni awal pagi Isnin. Aku masuk opis pun dalam keadaan terlalu memikirkan hal mak. Minta kebenaran dari ketua unit untuk half day. Dekat-dekat tengahari suami call kata keadaan mak tak banyak berubah, jadi aku suruh bawa mak ke GH Melaka dan aku tunggu di unit kecemasan untuk urusan kemasukan mak.
Dari pukul 12 tengahari hingga pukul 6 lebih petang! Letih badan dibuatnya menunggu mak diberikan rawatan. Disebabkan mak dah demam beberapa hari, doktor syak ada kaitan dengan denggi dan suruh ambil dan uji sampel darah mak. Bila tengok bahagian saraf jari tangan kanan mak membengkak, doktor ada beri ubat saraf juga. Alhamdulillah....hasil uji darah mak di lab, mak bebas denggi dan bacaan jangkitan tak tinggi. Masa ambil darah, nurse ada beri ubat suntik gastik, lepas setengah jam mak beritahu doktor sakit bawah dada tu dah makin kurang.
Doktor hanya preskrip 3 ubat untuk mak dan mak boleh balik rumah tanpa perlu di admit. Punyalah seronok mak, tersenyum je bila doktor kata boleh balik.

Sue doakan mak Yani bertambah2 sihat selepas ni... amin,,,
ReplyDeleteKesihatan mak Yani masih belum betul2 pulih Sue...hari ni dialisis hanya dapat buat 1/2 jam je sebab badan mak Yani lemah sangat.....risau skrg ni...
DeleteSmg mak yani cepat sembuh...amin... ada jangkitan dlm perut mcm yg di suspect ke yani?
ReplyDeleteInshaAllah ST...pasal jangkitan tu masih belum finalkan, sebab dua tiga sakit datang tak tahu nak mula rawat mana satu dulu. Admit malam tadi pun sebab adik mention kat doktor ER yang mak dah demam beberapa hari, BP terlalu rendah dan ada simptom cirit-birit. Lepas admit baru terangkan pasal condition mak yang lain-lain tu.
Delete