21 February 2014

Mak : Demam Panas Semula


21 Februari 2014.

Jenguk mak tengahari ni saat waktu rehat panjang penjawat awam. Singgah kedai makan, bungkus nasi campur untuk aku dan bibik. Telefon adik aku, tanya sama ada datang atau tidak tengahari ni. Kalau datang, bawa lauk apa. Adik aku kata dia datang dan bawa sup ayam campur kentang. Nasi dah suruh bibik beli dahulu. Jadi, aku hanya tambah lauk rendang daging dan ayam goreng.

Terus pecut ke pasaraya Giant, beli pampers mak dan buah anggur. Bibik cakap semalam tinggal 3 keping je pampers mak. Hari pertama mak masuk wad, mak dipakaikan dengan tiub. Semalam nampaknya tiub dah dicabut. Memandangkan mak sangat kurang minum air, boleh dikatakan mak tak buang air pun. Tambahan pula, mak tak selera mak, sampel najis pun sampai hari ni belum dapat untuk diserahkan pada makmal.

Sampai je di wad, betul-betul jam 1.00 petang. Waktu sampai tu, mak tengah terbaring tutup mata dan dahi beralas kain basah. Bibik kata mak demam panas semula. Aduh, sebak hati bila dengar berita ni. Baru semalam mak tunjukkan perkembangan positif, hari ni jadi macam ni balik. Aku takut jangkitan mak kembali menyerang sistem badan mak. Tak lama lepas tu, adik aku pun sampai. Kami bergilir lap-lap satu badan mak untuk kurangkan panas badan mak.

Sekali sekala kami berbual, mak tunjukkan reaksi. Bila cerita pasal anak adik aku (Aina), nampak mak tersenyum. Aku tahu mak mendengar semua perbualan kami, cuma tak berdaya nak membalas. Aku tanya mak, nak buang air dan berak tak? Mak kata nak tapi mak takut tak pakai pampers. Aku cakap pada mak, mak memang dah pakai pampers, jangan tahan-tahan buang air kecil dan berak, tak perlu risau sebab ramai yang boleh bantu kemaskan kencing berak mak. Alhamdulillah, mak dapat kencing dan berak hari ni; kami adik beradik bantu sama bibik kemaskan mak dan tukar pampers baru. Jadinya, hari ni dapat ambil sampel najis mak untuk diserahkan pada makmal. Lega sikit hati...

Selit sikit cerita pasal jiran sebelah katil mak.
Setiap hari bertukar-tukar jiran sebelah mak. Sekali aku datang, tengok-tengok dah bertukar orang lain. Kejap bangsa Melayu, kejap bangsa Cina. Setakat ni mak yang masih kekal dalam bilik berempat tu. Cuma hari ni dapat jiran nenek Melayu, tak tahulah sakit apa, cuma mulutnya tak henti-henti mengaduh sakit. Kesian pun ada. Sekeliling nenek tu ada beberapa mesin. Mak ada tanya, suara siapa yang mengeluh sakit tu? Kami cuma cakap jiran mak. Adik aku cuma bisik kat telinga mak, sakit macam mana pun, perbanyakkan istighfar, kalau menjerit-jerit sakit pun, tak akan membantu. Semoga nenek jiran sebelah mak diringankan kesakitannya dan mendapat rawatan terbaik daripada para doktor dan jururawat di wad 4-1...amin!

10 comments:

  1. you are good daughter!..insyaallah tuhan akan balas yg baik2 je kat yani nanti..bkn senang nk jaga org sakit..saya pun harap nanti mak saya dh tua saya boleh jaga mcm yani jugak..sy pun ttc jugak n sy doakan one day impian yani tercapai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakhbar...Yani percaya sesiapa sahaja yang berdepan dengan ujian macam ni akan buat perkara yang sama macam Yani buat malah lebih dari ini. Sampai satu tahap, Yani mcm bercakap dengan diri sendiri, kalaulah boleh Allah tarik kesakitan mak dan letak pada diri Yani, sedih tengok mak makin lemah, macam-macam penyakit dalam badan.

      Delete
  2. Yani, demam tu tanda body tengah lawan infection. InshaAllah, semoga Mak Yani cepat sembuh seperti sedia kala... Yani jgn risau sgt...Kami semua doakan... take care of urself ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah harap-harap macam tulah ST....penyakit dalam badan yang kita tak nampak, tak boleh nak describe macam mana...rasa hopeless sangat bila tak boleh nak bantu mak sebaik mungkin..

      Delete
  3. alhamdulillah mak yani dapat anak yang baik macam yani dan adik beradik yani..
    Saya doakan mak yani, cepat dapat dikesan jangkitan apakah itu dan cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..terima kasih Zarith....atas doa Zarith. Hari-hari Yani bisik kat mak, semoga mak cepat sembuh dan kita boleh balik ke rumah...

      Delete
  4. Yani, banyakkan bersabar ye. L doakan Mak Yani cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Mizz L...Yani kena kuat untuk mak...sebab tu seboleh mungkin Yani tak nak menangis depan mak...tak nak mak makin lemah semangat untuk sembuh...

      Delete
  5. Yani, cuba bg mak minum air zam zam.. sambil niat utk menyembuhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Yana..memang dari awal admit, bibik tak lupa bawa bekal air zamzam bersama. Kebetulan semalam pun adik beradik ada yang bawa untuk mak, inshaAllah selang selikan dengan air masak beri mak minum.... :) TQ Yana...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)