02 January 2014

Pengalaman HSG Di Hujung Tahun 2013


2 Januari 2014.

Cerita dua hari lepas.
Temujanji prosedur HSG jam 2.00 petang.
1.30 petang dah siap-siap sampai dengan hubby.
Serah borang, dan diminta menunggu di depan bilik nombor 9 (Bilik Floroskopi).

Jam 2.15 di panggil masuk ke dalam.
Tukar pakaian; baju tak ditanggalkan, cuma tanggalkan kain dan pakai baju warna kuning pucat dalam bilik persalinan. Lepas tu, diminta berbaring atas mesin x-ray sementara staf nurse sediakan peralatan. Dua kali ditanya soalan yang sama oleh staf nurse dan doktor; hari pertama period dan sama ada bersama dengan suami dalam tempoh lepas period sampai hari prosedur?

Pengalaman HSG masing-masing berbeza.
Alhamdulillah, rezeki aku untuk merasai pengalaman HSG yang agak tidak sakit; cuma sengal-sengal sedikit. Langkah-langkah prosedur inshaAllah sama macam pengalaman kawan-kawan TTC yang lain, rasanya tak perlu diulang cerita di sini. Proses bukaan laluan faraj tak sesakit pengalaman pap smear dulu, lebih relax. Tahu-tahu sahaja alat dah masuk dan doktor suruh lunjurkan kaki dan kepit sedikit semasa x-ray dibuat. Hanya rasa sedikit senak dan sengal di bahagan rahim bila doktor mula lepaskan dye ke bahagian dalam saluran peranakan.

Cuma semasa prosedur, diasak bertubi-tubi soalan oleh doktor x-ray ketika mereka monitor gambar x-ray; usia perkahwinan, pernah mengandung atau tidak, pernah alami sengugut yang teruk semasa period dan beberapa soalan lagi. Kalau korunk, apa reaksi korunk masa tu? Aku sangat cuak. Dalam hati, tak berhenti-henti beristigfar dan membaca doa dipermudahkan semuanya.

Salah seorang doktor yang attend prosedur tu (doktor perempuan berbangsa benggali) suntik di lengan aku ubat. Bila aku tanya kenapa suntik, staf nurse kata untuk legakan otot. Aku tak pasti apa keperluan suntikan tu. Doktor tu siap suruh suntik dye dua kali sampai aku boleh terasa dye tu melimpah keluar dari faraj bila bergerak sedikit.

Selesai prosedur, staf nurse kata dah boleh bangun dan dan tukar balik pakaian. Masa aku bangun tu, memang terasa macam air dengan kuantiti yang banyak, keluar dari bahagian bawah tu. Staf nurse tolong aku turun dari mesin x-ray sebab mesin tu agak tinggi dari lantai. Aku sempat menoleh dan tengok keadaan air yang keluar tu. Memang bertakung atas kertas alas tu dan ada cecair jernih bercampur darah.


Lepas tukar baju dalam bilik air, aku tanya staf nurse dan doktor perempuan melayu (doktor ni yang masukkan dye) apa keputusan HSG aku. Mereka macam keberatan nak jawap soalan aku, cuma suruh aku tunggu doktor pakar klinik OnG rebiu keputusan x-ray HSG masa temujanji nanti. Masa ni aku dah mula rasa semacam dan sedih hati. Prosedur HSG aku berjalan selama hampir 45 minit, pukul 3.00 petang keluar dari bilik no. 9.

Keluar dari bilik no. 9 ni, aku patah balik dan cakap pada staf nurse aku nak minta time slip. Masa tunggu staf nurse siapkan slip tu, memang aku tak tahu nak cakap apa dengan hubby yang tunggu di luar bilik no. 9 tu. Lepas tu, aku dan hubby terus ke klinik OnG untuk dapatkan tarikh temujanji. Nampaknya sepanjang bulan Januari ni senarai pesakit penuh, jadi aku diberi tarikh paling awal pun awal bulan Februari (4 Februari 2014) nanti.

Aku cakap pada staf nurse di kaunter temujanji tu, ujian sperma hubby akan dibuat pada 28 Januari 2014, dia kata macam tak sempat doktor nak review masa tarikh temujanji 4 Februari tu sebab keputusan analisis sperma biasanya keluar lepas 2 minggu. Hurm...so, dia kata kalau result keluar awal, sempat la; kalau tak, kena tunggu temujanji seterusnya baru review keputusan analisis tu.

Habis urusan HSG dan urusan ambil ubat mak di farmasi, aku terus ke tempat parking bertingkat. Masa dalam kereta, memang aku melalak depan hubby, aku dapat rasakan sesuatu tak normal dengan keputusan HSG tu.

Masa dalam perjalanan balik, adik aku yang doktor tu tanya macam mana keputusan HSG, aku kata aku tak tahu. Dia tanya nama doktor yang buat prosedur. Aku beritahu dia, dan suruh dia riki-riki kalau boleh tahu secara tak rasmi dulu. Rasa lama sangat nak tunggu jumpa doktor pakar bulan Februari nanti.

Dekat-dekat waktu solat Maghrib, adik aku sms cakap dia dah cuba tanya pada doktor x-ray tu. Analisis awal;
  • kemungkinan ada endometriosis (doktor nampak di bahagian atas dinding rahim macam permukaan tak regular),
  • tiub peranakan kiri tak bagus flow contrast (kemungkinan ada blockage) dan
  • tiub peranakan kanan normal dan ok.
Apa-apa pun, adik aku kata kena dapatkan kepastian daripada doktor pakar OnG (Dr. Tham) sama ada betul ke aku ada endo dan tahap severity endo tu.


Kalau masa tu orang lain sibuk mengira masa untuk penutup tirai tahun 2013 dan menunggu detik awal tahun 2014, aku berendam airmata. Airmata aku sangat mudah turun ketika itu, sampaikan dalam solat pun aku meleleh airmata. Jujurnya, aku tak merintih mempertikaikan pada-Nya kenapa aku diuji dengan semua dugaan ini, cuma aku rasa aku perlu lepaskan semua lelah dalam hati.


Lepas solat Subuh (1 Januari 2014), aku menangis lagi atas sejadah sebelah hubby. Lepas berdoa, aku menghadap hubby, aku cakap ini airmata terakhir aku lepas terima semua perkhabaran ini. Aku dah berjanji pada diri aku, aku tak nak menangis macam ni lagi, dan aku nak berusaha cari jalan untuk sembuhkan diri aku. Aku tak nak buang masa fikir kenapa dan apa punca endometriosis ni semua, aku hanya nak fokus pada usaha untuk lebih sihat dan memudahkan usaha conceive.


Nota: Bleeding lepas HSG alhamdulillah tak banyak dan tak lama (1-2 hari). Bleeding hanya lepas prosedur tu je, dan aku hanya bertukar pantyliner. Aku perhatikan hanya keluar cecair jernih dye tu je. 

32 comments:

  1. Yani dear, smg Allah beri kekuatan. I still remember the feeling masa doc bgtau i dua2 tube i tersumbat. And the only option i have is ivf. 3 hari i nangis. I can understand ur feeling. InshaAllah, ada hikmah... Keep on the fighting spirit, and let's think yg positive sahaja ya... Take care dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Sweet Tooth...Yani pun berharap ada hikmah disebalik semua dugaan ni... :)

      Delete
  2. sabar yer yani.....
    anim pown takot nak buat HSG nie.....
    sepatotnya dah kena wat apoitmen tp anim x buat pown

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Anim...inshaAllah Yani dah kembali stabil emosi...
      Jangan takut, tak ada apa-apa inshaAllah...lagi cepat kita buat, lagi cepat kita tahu apa tahap kesihatan dalam rahim kita ni..
      Nape tak buat appointmnt lagi? Hari ni dah CD berapa?

      Delete
  3. huhuhu.+ve kan dirinyerrr.iya hope nothing serious.bykkan berdoa.iya doakan yani cpt2 bangkit semangat.inshaaAllah ada solutionnye.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Iya...doa2 dari kalian juga buatkan Yani lebih kuat untuk menghadapi semua ini...terima kasih~ Masih terlalu awal untuk bersangka buruk dengan takdir Allah, kan?

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih byk2 Nurul Asma'...Yani masih percaya Allah adalah yang paling berkuasa untuk beri keajaiban dalam usaha Yani dan suami, cuma kami perlu berusaha lebih gigih lagi..

      Delete
  5. Sabar yani. Tggu doktor review dulu hasil x-ray. Dgr nasihat doktor.
    Insya Allah..ada yang terbaik utk yani dan suami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Cik Puan Tipah...betul tu, Yani perlu tunggu doktor pakar review terlebih dahulu keputusan HSG tu. InshaAllah Yani akan cuba dapatkan pendapat doktor pakar apa prosedur rawatan yang terbaik untuk rawat endo dan tiub tersumbat tu.

      Delete
  6. tu baru keputusan awal kan? risau sy... awk jaga diri tau.. insyaAllah, DIA takkan uji kita kalau DIA tau kita tak mampu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Adilla...ini analisis awal doktor bahagian x-ray / floroskopi masa tengok filem x-ray tu. Mungkin doktor pakar OnG boleh sahkan sama ada betul atau sebaliknya. InshaAllah, lepas tahu ada kemungkinan endo, Yani lebih bersemangat nak cari tip amalan pemakanan dan gaya hidup untuk rawat penyakit endo ni...banyak rujuk FB page dan blog Dr Hamid Arsat, Dr Zubaidi dan Dr Adilah.

      Delete
  7. Sabar ye...jgn risau sgt. Ape2 pun tggu ape keputusan pakar. Saya rase klau satu tiub ok, masih lg boleh pregnant. Cuma klau ade endometriosis tu....emmmm...tkut kene operate je lah. Ape pun saya doakan moga result nnti ok, xde endometriosis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 kak Safiyyah...Yani masih positif ada harapan untuk hamil dengan menggunakan tiub belah kanan, tapi kena betul cara dan rawatannya. InshaAllah, kalau pun perlu pembedahan untuk rawat, inshaAllah Yani bersedia mental dan fizikal...amin. Mohon doakan yang terbaik untuk Yani, ye...

      Delete
  8. Dearest yani....erin tau perasaan itu. macam tu la perassan erin masa doc diagnosed with fibroid dulu. menangis siang malam. hanya Allah yang tahu. anyway, the report is unofficial lagi kan. doc belum review lagi. you still have hope and alhamdulillah ur right tube is fine. After review dgn doc nnt, if ade keraguan yani dptkan 2nd opinion k. erin doakan yg terbaik utk yani. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Erin...Yani pun berdoa masih ada harapan dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah sistem peranakan Yani ni. Alhamdulillah, Yani ada rujuk 2-3 doktor lain, ada yang beri respons positif dan beri penyelesaian alternatif.

      Delete
  9. Yani.. sabar ye dugaan semua ni..sue dh 2 kali operated sbb endometoersis..ketumbuhan yg terbaru ni x tahula endo ke ape.. doc ckap IVF je sue boleh, kaedah lain dh x blh tuk dptkan baby.. tapi tu doctor yg ckp, kuasa Allah kita x tahu.. lagi pun perkara tu blum final lagi kan..tu bru review awal2.. insyaAllah ada cara penyelesaiannya nant.ok dear :) *hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Sue...tahu tak, masa pertama kali baca sms adik Yani pasal review awal Yani ada posibbility endo, orang pertama yang Yani terfikir adalah Sue. Nak sangat berbual dengan Sue, bertanya lanjut pasal endo ni.....

      Kalau Sue tak keberatan, boleh emelkan pada Yani no. hp Sue..at least kita boleh bersms/whatsapp? Emel Yani : anida_yin[at]yahoo.com

      Delete
  10. Tabahkan hati ye sis..Allah Maha Mengetahui..ada hikmah di sebalik dugaan untuk kita,keep positive ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Kak Nuriz...inshaAllah, inshaAllah dan inshaAllah Kak....bile fikir dugaan ni, terfikir orang lain lebih berat didugaNya, tak seberapa pun dugaan yang Yani terima ini, inshaAllah masih boleh cari penawar endo ni.

      Delete
  11. be positive dear.. in shaa allah... kite semua golongan terpilih dan kite jg kuat utk menghadapinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Mrs Zamzuri...down sekejap, tapi Yani kena cepat-cepat bangkit.... :)
      Betul tu, kita semua TTCians adalah golongan terpilih....mungkin ini salah satu cara kafarah (penghapus) semua dosa-dosa lampau kita...wallahualam~

      Delete
  12. Kak Yani,
    Take care.Jangan nangis2.
    InsyaAllah everything will be just fine :)
    Sama2 kita doa,okay?

    -Your Silent Reader :) -

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR...thanks alot atas doa dan kata-kata semangat. InshaAllah akak dah kembali ok. Dah takmo sedih-sedih lagi....banyak lagi yang perlu diusahakan lepas ini.

      Delete
  13. Yani.. L harap yani jgn fikirkan sgt pasal result ni. L harap semuanya ok. Jgn sedih2 Yani. Fyi, kawan L yg preggy hari tu hsg result die ade ckp kemungkinan ade endo. Tapi bila buat ujian darah ca 125 -ve. Result darah die masih dlm zone normal dan die preggy skrg hnye dgn satu tiub.Kuasa Allah kan. L faham mcmana Yani rasa. Tapi jgn sedih2. Lepas ni jumpa doc prepare soalan ape yg nk tanya utk next step. Semoga semuanya dipermudahkan. Hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, betul ke L? Endo dan 1 tiub...hamil? Kuasa Allah SWT kan? Thanks alot beri Yani kekuatan untuk menghadapi apa juga yg doktor akan beritahu nanti....InshaAllah dah kurang/tak sedih lagi sekarang....Yani pun memang dah tak nak fikir apa-apa dah pasal kemungkinan endo..kalau betul ada, deal with it and solve it. TQ again L....

      Delete
  14. , kita semua TTCians adalah golongan terpilih....mungkin ini salah satu cara kafarah (penghapus) semua dosa-dosa lampau kita...wallahualam~

    Suka sgt dgn ayat2 cinta bercerita ini.
    Sy bru trcari2 nk buat HSG dh 2thun kwin blm ada rezeki umo dh 35. Doakn utk semua kita lambat atau cepat ada rezeki tu.
    In sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kak Eija Iza....inshaAllah, rezeki zuriat lambat atau cepat Allah SWT je penentunya....kita sebagai hambaNya berusaha sedaya yang mampu.....

      Delete
  15. Hi sis.. I bru buat semalam kat KPJ Damansara.. Sebelum ni mmg period pain very light kdg2 cuma lenguh bdn esp bhgn pinggang.. Waktu dye dimasukkan ke dlm saluran rahim tu mashaAllah sakitttt sgt i ckp kat doc "sakit doctor" tp nurse, radiologist dan doc ckp sikit lg.. Prosedur mengambil masa 5mins mcm tu tp kesan sakit tu 1 hari je mkin lama mkin kurg sakit yelah bahagian bawah kena usik kan.. Bayaran RM203.. Dan doc yg merawat ialah Dr Nurhayaty.. Sharing is caring kat blog u sbb i tau ada pembaca sooner or later.. Hehe i pun rajin baca blog TTCian jgk.. So this time around i decided to share kat mna2 blog

    ReplyDelete
  16. Nangis saya baca :( sy next week buat hsg, mohon doa semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, baru jenguk blog ni..ingatkan dah tak ada reader lagi. Semoga ujian HSG awak ada keputusan yang baik.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)