21 January 2014

Koleksi FM Dan Buku Resepi Gardenia Di Permulaan Tahun 2014


21 Januari 2014.

Koleksi permulaan tahun baru 2014; koleksi fridge magnet dan buku resepi sihat. Staf unit aku balik bercuti dari Sabah semalam, so dapat hadiah fridge magnet dari sana.

Kebetulan buku resepi keluaran Gardenia yang aku dapat secara percuma sampai hari ini. Kalau tak silap, aku pernah isi borang online di laman web gardenia untuk dapatkan koleksi buku resepi ni hujung tahun lepas, baru sekarang sampai. Dua buah buku ini bertajuk My Cookbook With Bread : Yummy, Healthy And Fun Bread Recipes For Kids dan Creative Recipes With Bread : Delicious Ideas For Your Kids yang dikeluarkan sempena Bulan Nutrisi Malaysia.


Suami pun dapat hadiah fridge magnet dan koleksi setem edisi khas Doraemon dari kawan berbangsa Cina dia. Kebetulan kawan suami bercuti suami isteri dan pergi ke 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO di Viva Home Shopping Mall, KL tempohari. Expo ni bermula 14 Disember 2013 sehingga 23 Mac 2014 ini. Suami cerita, kawan Cina dia berbelanja beli macam-macam produk Doraemon sampai RM900 lebih dan siap menginap di hotel yang bertemakan Doraemon. Huhuhu.....tahap fanatik dah tu. Kire suami dapat tempias-tempias barangan koleksi juga la..huhu!


Dah selamat dilekatkan di dinding peti sejuk kat rumah. Dari hari ke sehari dok rancang nak beli magnet board untuk pindahkan semua koleksi fridge magnet dari peti sejuk mak ni, tapi tak sempat lagi.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)