Sumber Gambar : FB Page Mohd Firdaus Official Fan Page
6 Januari 2014.
Ok, aku tergelak sakan bila tengok gambar lawak yang dikongsikan di FB Page Herbalife kat atas tu. Bab diet aku boleh tahan lagi, aku cuba istiqamah untuk kawal pemakanan terutamanya waktu hujung minggu di rumah. Tapi bab bersenam memang agak ke laut la. Sebelum petang dah niat, kena juga bersenam ataupun keluar sedikit peluh buat aktiviti fizikal malam nanti. Tapi lepas solat Isyak je, ngadap komputer, layan FB, tengok movie...lepas tu kelaut dah mood nak bersenam! Kalaulah dengan hanya pandang dumbell yang terletak atas lantai dalam bilik tu boleh membakar kalori badan, dah lama aku tenung dari pagi sampai malam. Hohoho.....mimpi ler kalau macam tu.
Nak-nak pula dua tiga hari ni breast pain dah mula memunculkan diri, bercinta aku nak buat aktiviti melompat-lompat bagai walaupun pakai sport bra. Adehh.....mengidap sakit bengkak dia!
That cartoon is so me!!!! ahahahah... :-)
ReplyDeleteMe too, ST! Haish....
Deletehahahah..terkena batang hidung sendiri... nak share ye :P
ReplyDeleteHuhuhu...ambik je Sue...Yani pun ambik/share dari FB page orang lain.....
Delete