23 December 2013

Tarikh HSG Sudah Dapat

 
23 Disember 2013.

Pukul 10 pagi tadi, telefon Unit Radiologi GH Melaka.
Maklumkan dah period Sabtu lepas, hari ni dah CD3.
Staf GH Melaka beri tarikh HSG pada 31 Disember 2013 (CD11), jam 2.00 petang.

Tanya juga sama ada doktor akan beri surat cuti sakit (MC) ke?
Jawapannya, tak.
Doktor hanya akan beri slip time sleep sahaja.
Hurm, bila risik-risik mereka yang pernah ada pengalaman buat HSG, kebanyakan ambil cuti rehat.
Dan tak memandu sendirian ke GH Melaka.
Hurm lagi...

Senarai semak pemeriksaan HSG kat atas tu :

No. 1 - Selesai!
No. 2 - Sedang dan akan lalui (Lama nyaaa...11 hari hanya boleh pandang je, tak boleh cuit..huhu!)
No. 3 - Dah sahkan dengan staf GH Melaka, dia kata tak perlu makan ubat tu sebab tak ada apa-apa alahan atau sejarah asma.
No. 4 - Dah siap sedia pad dalam drawer kereta.
No. 5 - InshaAllah kalau tak ada aral melintang.
No. 6 - Harap-harap tak terjadi la...amin!

Staf GH Melaka cakap, lepas buat HSG boleh terus ke klinik OnG untuk dapatkan tarikh temujanji dengan doktor OnG dua minggu lepas HSG. Tarikh tu tak boleh diberi awal sebab kena selesai HSG baru boleh jumpa doktor.

Rupanya, prosedur HSG di GH Melaka hanya dibuat pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat sahaja. Take note ye!

12 comments:

  1. Semoga dipermudahkan Yani..Ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kak Nuriz.....harap2 tak de masalah masa HSG dan result positif...amin!

      Delete
  2. smoga tiub semua clear n xda masalah n cepat2 conceive ! Baby 2014 Insha allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah harapannya...tapi kita hanya mampu berdoa dan bertawakal je, apa-apa result kena bersiap sedia mental dan emosi kan?

      Delete
  3. good luck yani! InshaAllah, semua lancar...amin... i dulu pi sendiri jek buat HSG. memang doc x kasik mc... i amik coti coz malas masuk opis... kekekkee :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana pengalaman ST dulu buat HSG? Sakit tak? Atau sakit yang masih boleh tahan? Yani tengah terfikir nak ambik half day je ni, pagi masuk kerja..petang gi buat HSG, lepas tu terus balik rumah....time sleep still ambik buat bukti. ST still boleh drive lepas HSG?

      Delete
    2. Ya yani, still boleh drive. masa buat tu rasa senak je... x la sakit sangat... mcm period pain. I mean sakitnya masih boleh ditahan... at least mcm tu la yang i rasa dulu...

      Delete
    3. Lain org, lain tahap kesakitan dan pengalamannya kan? Ada kawan ida cakap, dia sampai suami papahkan sebab cramp tak boleh bergerak lepas buat HSG tu. Prosedur HSG ambil masa berapa lama ye?

      Delete
  4. Semoga resultnya baik2 saja.. aminnn....

    ReplyDelete
  5. semoga urusan dipermudahkan yani :)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)