01 December 2013

Info Nutrisi Buah Pinggang Untuk Pesakit Buah Pinggang


1 Disember 2013.

Semalam masa bawa mak ke pusat rawatan dialisis mak, aku sempat baca info berkaitan nutrisi untuk buah pinggang yang ditampal di dinding pusat dialisis. Info macam ni penting untuk kami adik beradik tahu, senang nak pantau pola pemakanan mak sepanjang dialisis.


Nampak tak bengkak kat bawah lengan mak tu? Sedih hati bila tengok, kita yang tengok terasa-rasa peritnya, mak apantah lagi? Cuma mak tak bersuara je...tak nak anak-anak risau.


Antara nutrisi yang memberi banyak pengaruh kepada kesihatan buah pinggang adalah seperti sodium, protein, fosforus, potassium dan juga air.

Untuk orang yang sihat, boleh makan semua benda tapi masih kena jaga kuantiti yang diambil. Macam orang yang ada penyakit buah pinggang dan buat dialisis, penjagaan makanan adalah lebih cerewet, mesti di kawal dan kena pantau. Tujuan kena kawal diet pemakanan ni berkait rapat dengan masalah peredaran darah dan proses dialisis. 

Selalunya kalau mak bermasalah waktu dialisis; contohnya susah nak jumpa urat, kena cucuk banyak kali cari urat yang betul dan lebar, staf pusat dialisis akan tanya corak pemakanan sehari dua sebelum dialisis. Dari situ, staf akan tahu apa punca masalah mak semasa dialisis. Masalahnya, apa yang tak boleh makan atau minum, itulah yang paling mak suka makan. Puas nasihat dan leter dah, tapi mak kalau nak, mak ambil juga. Kalau leter lebih sedikit, mulalah merajuk, kecil hati dan buat muka sedih.

Kita ni punya lah tak nak mak sakit, dah la sakit selang hari kena cucuk dan lengan bengkak-bengkak, tapi mak ni punya perangai...alahai! Sebab tu aku selalu berdoa, supaya Allah beri kekuatan untuk aku menjaga mak; dari segi jaga perasaan dan kesihatan mak. Aku banyakkan beristigfar, lepas solat selalu berdoa Allah permudahkan urusan dialisis mak dan lembutkan hati mak untuk dengar nasihat anak-anak.


Dalam info ni ada disenaraikan makanan yang digalakkan dan patut dielakkan makan oleh pesakit buah pinggang atau dialisis.




Tak semua buah-buahan pesakit buah pinggang boleh makan walaupun buah-buahan sering digalakkan dalam pola pemakanan kita seharian. Contoh buah yang kena elak makan; pisang, buah oren, kiwi, nangka dan mangga.

Sayur-sayuran pun sama, sayur kailan lagiiiii tak boleh makan. Sayur kailan boleh memekatkan darah, jadi akan ganggu proses dialisis. Sayur bayam pun tak digalakkan makan, kalau teringin juga nak makan, staf di situ cakap, kena rendam semalaman, buang air, lepas tu rendam lagi, masak atau celur sampai betul-betul lembik (hilang semua nutrisi/vitamin). Kita yang sihat confirm tak mahu makan sayur masak macam tu kan? Dah la takde rasa, tak menyelerakan kalau dihidang depan mata. Tapi itulah cara makan sayuran yang orang sakit buah pinggang atau kena dialisis kena lalui.

1 comment:

  1. tima kasih utk info ni. kebetulan saya sedang mengumpul info utk tesis saya. Thank's again. selamat berkenalan. - Mama D -

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)