03 December 2013

Gusar VS Lampu Hijau

3 Disember 2013.

Pejam celik pejam celik, makin dekat tarikh temujanji dengan klinik OnG. Berbaki kurang 10 hari. Mula-mula tak rasa apa-apa, macam biasa sahaja. Hati dok bersemangat nak capai sasaran berat badan yang lebih baik dari bulan Ogos lepas dan maklumkan pada doktor tentang kitaran period yang semakin teratur.

Tiba-tiba bila belek angka di kalendar, hati jadi sedikit gusar.
Macam mana dengan keputusan ujian hormon D21 aku tu?
Ok ke tidak?
Mungkinkah ada masalah?
Sekelip mata macam-macam persoalan bersilih ganti muncul di minda.

Macam mana kalau aku period, tapi aku tak subur?
Aku period tapi telur tidak matang?
Macam mana kalau dari keputusan ujian tempohari, ada penyakit lain pula dikesan?
Kuatkah hati aku untuk berdepan dengan masalah baru?

Ya Allah....berilah kekuatan dan ketabahan hati pada hambaMu ini saat menghadapi dugaan hidup...

Kelmarin, berbual dengan hubby dalam kereta semasa dalam perjalanan menonton wayang.
Aku ajukan soalan berkaitan anak angkat.
Aku tahu kalaupun hati aku terbuka nak ambil anak angkat dalam masa terdekat ini, tanpa restu dan keizinan suami, masalah akan timbul di kemudian hari.
Aku cuba bertanya tanpa memaksa.
Suami setuju, tapi bersyarat.
Kalau ditakdirkan kami mengambil anak angkat, suami minta biarlah masih bayi lagi.

Aku terfikir juga, isu jantina.
Banyak benda kena fikirkan, pucuk pangkal bukan semudah yang disangka.
Banyak yang perlu dihalalkan.

Bagi pihak sebelah keluarga aku, inshaAllah tak ada masalah untuk terima.
Malah mak lebih galakkan aku ambil anak angkat sekarang.
Tapi belah keluarga mertua, kena fikirkan juga.
Tak boleh dinafikan kasih sayang cucu sendiri dan cucu angkat mungkin tak sama.
Ini bukan prasangka, tapi realiti yang aku kena bersedia terima kelak. 

Penghujung perbualan, buat aku tersentuh hati.
Kata-kata aku pada suami "Kesian kat abang dah berumur 31 tahun masih belum ada anak", dibalas dengan kata-kata suami "Abang lagi kesiankan sayang, usia 30 tahun masih belum dapat anak"..

2 comments:

  1. 31 is still young yanie... my hubby is 43. kalau nk ikut kesian, memang kesian kat dia... Alhamdulillah, dia org yg redha and been my rock ever since we start TTC. We are lucky kan to have such a husband, memang Allah sgt adil bila menentukan urusan jodoh dan rezeki. Don't worry too much... It won't help pun. InshaAllah, i doakan semuanya lancar untuk yani n hubby... Amin... :-)

    Memang banyak nk kena fikir nk ambil anak angkat...x semudah menyebutnya... but i always believe, i know when I'm ready to take that step. And i doakan Allah akan permudahkan urusan itu bila tiba masanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu ST, sangat bertuah memiliki teman hidup yang memahami, tak mendesak malah sering menenangkan hati yang mudah tersentuh.

      Yani ingat Yani dah imun, tapi bila bertubi-tubi dengar berita sana-sini (FB dan blog) berita gembira orang lain preggy dan deliver, hati mudah terusik, airmata jadi kawan sejati. Airmata happy berkongsi seronok, airmata sedih untuk diri sendiri.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)