23 November 2013

CD31 : Kitaran Makin Tetap


23 November 2013.

Cantik perancangan Allah.
Rasa macam sudah diskripkan kitaran haid aku sekarang ni. Dua kitaran haid post clomid 100mg, tempoh kitaran haid jadi tetap; 30 hari. Hari ke-31 (macam hari ni), bermula semula CD1 untuk kitaran baru.

Skrip? Ye...simptom-simptom dah tersusun rapi dan aku perasan setiap simptom tu:
  • CD15-17 kesan keluar EWCM,
  • 2 minggu sebelum haid (CD18 - 10 Nov 2013) simptom breast pain dah mula sampai CD30, yang perasan, bila surut rasa breast pain, haid pun datang,
  • 1 atau 2 hari sebelum haid, rasa mual dan nak muntah serta kepala rasa pening,
  • 1 - 2 hari sebelum haid, simptom watery di Puan V,
  • 1 - 2 hari sebelum haid, asyik mengantuk dan lesu badan,
  • Sejak haid turun secara natural ni, jarang atau hampir tiada simptom cramp sebelum haid. Cuma bila haid datang, baru ada mild period cramp dan lenguh pinggang, dan
  • Tempoh haid 6 hari.

InshaAllah, kalau kitaran haid aku dah boleh dianggap tetap 30 hari, tarikh jangkaan haid seterusnya bagi bulan Disember depan adalah pada 23 Disember 2013. Bermaksud pada tarikh 13 Disember 2013 nanti, waktu temujanji rawatan di klinik OnG GH Melaka, aku sedang CD21.

14 comments:

  1. Yani sejak makan ubat hormon kan period L jadi hitam n 4-5 hari je period..xmacam bila xamek ubat hormon period ok je. Tapi cyle xubah banyak lari 2,3 hari still 28-30.

    ReplyDelete
    Replies
    1. L makan ubat hormon apa? Boleh bagi nama ubat tu? Hitam yg betul hitam atau darah merah gelap? Yani so far haid merah darah tapi yg perasan kalau period natural, kurang berketul2 macam masa makan duphaston/progyluton dan provera...stil ade ketul2 darah cuma kecil2 je....cycle yani makin pendek; dulu masa mula rawatan klinik OnG, sampai CD40/41...lepas tu CD38, kebelakangan ni jadi CD30-33. Maybe ada kaitan dengan turun berat badan kot, wallahualam...

      Delete
    2. sejak amik clomid period datang 4-5 hari je n kaler gelap.. hitam betul hitam 2 hari lepas tu darah gelap 2 hari.. L sedar lepas amek clomid jd cmtu.. ke pasal duphaston? L amek gak duphaston tu. 2 bulan kebelakangan ni jd cmtu. biase period L 7 hari darah warna fresh. Betul tu Yani kalau berat badan turun n aktiviti kebiasaan kita dh berubah akan bg kesan kt cycle. Bgusla cycle yani dh cantik :)

      Delete
    3. Yani pun tak pasti la L, kena rujuk doc klinik OnG pasal ni, dia lebih tahu. Alhamdulillah....dulu masalah irregular menses, ni dh nampak makin ok, lepas ni boleh fokus pd isu infertility pula.

      Delete
  2. Kak Haryani, malam jumaat lepas tu kan saya termimpi kakak dengan Abg Tezrie, kakak happy lepas buat UPT sebab testpack kakak positif hamil. MasyaALLAH. Saya pun tak tahu kenapa boleh mimpi macam tu. Mudah-mudahan ada berita gembira untuk kakak dan abang di tahun baru 1435H ni ye, Insya-ALLAH, ameen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, macam mana boleh sampai masuk mimpi Leah ni....amin ya rabbal alamin! Kalau akak sendiri yang mimpi mcm tu, berganda2 lagi gembira kami suami isteri...doakan akak dan suami ye Leah....tq sangat2 sebab share pasal mimpi Leah.....

      Delete
    2. Amin L....jauh tu mimpi ni datang, dari Sabah....hehe!

      Delete
  3. Good for U Yani.. Yana pun tgh tgu period mai ni..hehe..breast pain rase nk nangis klu terlanggar meja makan..uhuk uhuk.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah....period Yana dah teratur dah ye? Yani start dari breast pain muncul sampai semalam (2minggu) pakai sport bra je, tak berani nak pakai bra biasa berdawai tu, memang cari nahas ler tu.

      Delete
  4. As Salam Yanie,

    teYanie guna buat sendiri ke template excel kat atas utk keep track period yanie @ yanie download dari mana-mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu Yani buat sendiri dalam format excel. Masa gi klinik OnG dan tunjuk pada doc, doc pun gelak tak terfikir Yani buat mcm ni..apa taknyer....org period jarang-jarang, tu yg excited buat jadual bagai...

      Delete
  5. wah..wah..congrat berjaya menstabilkan period....
    tak lama lagi insyallah ada rezeki,,,,,
    anim hari nie CD ke 4 kena amik darah...
    tp lupa pulak nak bawak borang yg dia bagi soh amik darah 2.hhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. CD4 ambik darah? untuk ujian apa Anim? Haritu Yani disuruh buat ujian darah hari ke21 period....bulan 12 nnt baru tahu result.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)