06 November 2013

Cabaran 90 Hari : Air 6 liter Sehari ....Minimum!



6 November 2013.

Ini ler bekalan air aku setiap hari ke pejabat.
Jenuh hubby tolong isikan air dan masukkan dalam kereta sebelum aku gerak.
Terima kasih, abang!

2 liter selesai sebelum jam 1 petang.
2 liter air dibancuh dengan teamix untuk lepas jam 2 petang.
2 liter lagi lepas jam 4.00 petang membawa ke malam.

Kalau larat, aku tambah lagi 1-2 liter sebelum tidur.
Sekarang sedang cuba latih diri habiskan air paling lewat sebelum 9.00 malam. 
Kebaikannya, senang nak timbang lepas bangun tidur.
Kadang kala kantoi juga, dah nak tidur jam 11.00 malam masih dok menghabiskan air.
Jadinya, asyik bangun tidur untuk ke tandas la membuang air kecil.

P/s: Keluar peluh macam hujan lepas berzumba, minum air masak 1 liter pun laju je....huhu!

7 comments:

  1. Yani,
    Minum air yang banyak mmg mempercepatkan penurunan berat badan. Tetapi minum air yang berlebihan juga bahaya kepada buah pinggang, pundi kencing dan juga paru2. Tak cukup air pun bahaya jugak. So bersederhana la..Rasa cukup untuk mengambil air dalam 3 liter sehari. Just share..

    ReplyDelete
  2. antara entry berkenaan dengan kesan minum air berlebihan http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kesan-minum-air-berlebihan/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tapi kena tengok pada aktiviti harian juga CPT. Kalau minum berlebihan tapi tak ada aktiviti yang boleh mengeluarkan semula kandungan air, itu memang membahayakan kesihatan dan merosakkan buah pinggang. That's why Yani pastikan badan berpeluh dan buat aktiviti bersenam.

      Thanks for sharing info tu CPT....learn by heart! :)

      Delete
  3. Betul kata Cik Puan Tipah tu Yanie.. akak rasa, 3 liter pun dah cukup.. akak pernah buat entry pasal jumlah air dalam badan dengan berat badan. Kalo Yani, rasa 3 liter pun dah oke.
    http://pnstoberi.blogspot.com/2013/06/tingkatkan-imuniti-5-minum-air.html

    Max biasanya org minum 2liter per day je (byk web kesihatan suggest 2liter per day)
    Kalau nak senang ikut cara Kevin Zahri tu..minum byk air smpai urine warna jernih..

    Tapi seyes kagum if mmg Yanie minum 6liter nih. Akak nak abis 2liter bawa ke ofis pun, payah. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KekDa, memang minum 6 liter ni setiap hari... ;)
      Yani bukan nak minum air sebanyak ni sampai bila-bila, seiring dengan berat badan turun, inshaAllah pengambilan air pun akan ikut sama berkurangan.

      Yani tahu, kalau dengan berat badan sedia ada, Yani cuma perlukan sebanyak 2.56liter je air sehari...noted that. Sukatan tu mencukupi untuk proses asas tubuh badan, cuma Yani tambah sukatan tu untuk tujuan diet sihat. Thanks beri link entry blog KekDa tu....Yani tgh baca ni....

      Delete
  4. 6 liter? Fengggssaaannn ai...

    Yani, 6 liter rasenye terlalu banyak sgt tu.. pernah terbaca artikel yg mengatakan minum air byk akan membuatkan buah pinggang terpaksa menanggung beban yg tinggi...

    betul kata2 kawan, 3 liter dah cukur memadai utk bakar kalori...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, noted....inshaAllah akan dikurangkan bila tiba masanya..... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)