05 October 2013

Usaha TTC : Minyak Habbatus Sauda' Syam dan Kapsul Minyak Zaitun Syam

  

5 Oktober 2013.

Inilah supplemen terbaru dalam usaha kami suami isteri. Beli Minyak Habbatus Sauda' Syam dan Kapsul Minyak Zaitun Syam ni masa ke Karnival Mahabbah IKIM.FM di Melaka Ahad lepas. 

Kebetulan, masa berwhatsapp dengan Yana Mengapai Bintang, ada tanya dengan Yana sama ada pernah amalkan habbatus sauda' tak dan dalam bentuk apa; serbuk atau pil? Yana ada sebut dia amalkan minyak Habbatus Sauda jenama Minsyam. Tak sangka, Allah SWT permudahkan jalan dan aku jumpa stokis yang jual produk Minsyam di Karnival Mahabbah IKIM.FM tu.

Untuk rekod, kami belum mula makan supplemen ni, rasa banyak sangat pula nak telan dalam satu masa yang sama. InshaAllah akan dimulakan kitaran haid terbaru nanti. Untuk permulaan, kami beli stok untuk seorang sebulan dahulu, nak tengok sama ada serasi dengan badan kami atau tidak.


  Kad bisnes

Kalau nak tulis tentang kebaikan dan khasiat minyak habbatus sauda' dan minyak zaitun, rasanya banyak dah dikongsikan di internet, contohnya:

=================================

Amalkanlah pemakanan SUNNAH ini:

=================================

SOFTGEL HABATUSAUDA DAN SOFTGEL ZAITUN EXTRA VIRGIN
=================================

(Sememangnya supplemen TERBAIK DI DUNIA)

TAHUKAH ANDA??
SETIAP BUTIR BIJIRIN HABATUSSAUDA TERDIRI DARIPADA BERJUTA2 SEL YANG MENYERUPAI SEL DARAH MANUSIA!!!

MasyaAllah.....sungguh menakjubkan!!!
=========================

Hadis Nabi:
"HABATUSSAUDA INI ADA PENAWAR SEGALA PENYAKIT KECUALI AL-SAM(MAUT)"- Hadis Sahih Bukhari Dan Muslim

Kesimpulannya sekiranya kita mengalami apa-apa penyakit pun, ambillah Habbatus Sauda sebagai ubat dan penawarnya. Insya Allah penyakit akan sembuh.Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan PENGAMBILAN YANG BERTERUSAN dan dalam DOS YANG MENCUKUPI.

Ia mesti diamalkan secara BERJADUAL dan KONSISTEN.

Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.

Sekiranya saudara TIDAK BERPENYAKIT, dan ingin MENCEGAH DARI MENDAPAT PENYAKIT, dos habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg (1kapsul) hingga 1000mg (2 kapsul) sehari lebih dari mencukupi.

Pengambilan habbatus sauda secara BERTERUSAN akan MEMBUNUH KUMAN-KUMAN di dalam badan anda secara perlahah-lahan.
Ia juga akan MEMBUANG TOKSIK DAN BAHAN-BAHAN KIMIA dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan.

Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut.
Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.

Pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.


*[Ambillah: 2 kapsul Habatussauda sebelum/selepas sarapan setiap hari dan
2 kapsul minyak zaitun Extra Virgin selepas makan malam/sebelum tidur setiap hari]*

======================================
Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam al-quran dan hadith?
======================================

Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang.

Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkam ke bumi sehingga nampak seperti berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun-tamadun yang menanamnya. Pohon Zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa.

Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka.

Menurut Barnard, komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.

Andrew Weil, juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan.

KELEBIHAN HABATUSAUDA:
=================
✔ MEMBERI TENAGA - keletihan,sakit badan, mudah mengantuk

✔ MENINGKATKAN IMUNISASI – elakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, ketahanan badan, membantu melawan penyakit

✔ ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

✔ SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

✔ ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

✔ ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

✔ ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

✔ PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

✔ SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

✔ ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

✔ MENINGKATKAN DAYA INGATAN
mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

✔ MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

✔ MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR)
sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor
dan lain-lain.

✔ MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA
Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.

KELEBIHAN MINYAK ZAITUN:
==================
✔ Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
✔ Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
✔ Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
✔ Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
✔ Antioksidan.
✔ Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (bagi kanak-kanak).
✔ Membekal vitamin E.
✔ Kecantikan (kulit dan rambut).
✔ Kestabilan asid lemak.
✔ Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
✔ Kegunaan terapi urutan.
✔ Melindungi tubuh dari penyakit jantung dengan cara mengendalikan lemak jahat (LDL) dan meningkatkan lemak baik (HDL) dan darah tinggi.
✔ Mencegah kanser usus dan payudara.
✔ Melindungi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan penuaan seperti artheosclerosis, diabetes, asma dan arthritis.
✔ Menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan insulin pada penderita diabetes peringkat 2.
✔ Mencegah osteoporosis.
✔ Mencegah pertumbuhan"Helicobacter pylori", bakteria yang menyebabkan kanser usus.
=====================================

13 comments:

  1. Semoga dipermudahkan... Ros dlu mkn pati delima+susu :) kak, suh asben gosok perut always smbil bca ayat qursi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Ros....nanti akak sampaikan pada hubby, thanks beri tips!

      Delete
  2. Semoga usaha kita diberkati Allah.. Aminnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...inshaAllah Yana... :)

      p/s: Amacam org baru balik Sarawak? Best? Huhu...

      Delete
  3. as salam,sy cuma mkn 1 bj pd waktu malam ja. Selepas mengamalkannya dlm 6 hr badan terasa macam penat. Adakah ini symton biasa dan brp lama ianya ada berada di dalam situasi begini

    ReplyDelete
  4. cara makan kunyah atau telan je kapsul ni?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ada macam-macam pendapat; ada yang galakkan makan, ada yang minta berhenti makan jika mengandung....bergantung pada penerimaan badan individu juga....

      Delete
  6. Makan 2 biji softgel habatussauda bersama 2 biji minyak zaitun ketika bgn tidur waktu pagi sebelum gosok gigi atau sebelum sarapan utk dewasa...kanak2 sebiji habatussauda dan sebiji minyak zaitun juga sblum sarapan..sumber: bersama minsyam diikim.fm

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)