08 October 2013

Stok Kurma, Buah, Susu Kambing dan Lemon


8 Oktober 2013.

Proses restok apa yang patut seperti biasa setiap minggu. Susu kambing Hi-Goat lambat sikit nak restok sebab aku dah ubah sukatan dari seorang 1 paket kepada  2 orang kongsi 1 paket. Ni gara-gara nak kawal nilai kalori sebotol shake Herbalife aku dan hubby setiap pagi; sebab dah memacam aku letak - buah, kurma, susu kambing dan oat.....memanglah kenyang dan sihat tapi dah lebih kurang nilai kalori sarapan biasa orang Malaysia je ni (nasi lemak, roti canai). Heh!

Stok kurma tu, kalau rumah orang lain mungkin jumpa masa bulan Ramadhan je. Tapi inshaAllah, stok kurma tak pernah putus di rumah aku sepanjang tahun sebab sejak consume Herbalife, ni stok wajib ada. Kalau kata aku muak nak letak buah atau dah terlebih makan waktu tengahari, aku kurangkan intake kalori dengan blend shake Herbalife bersama-sama kurma je.....sedap je! Setakat ini, pasaraya Family Store Masjid Tanah tu ada je bekalan kurma dia, tapi kena pandai belek la, cari yang nampak segar dan tak rosak.

Lemon tu stok on-off, ikut mood tuan empunya badan. Bila terasa nak minum lemon dengan teamix Herbalife, capai le kat rak buah-buahan. Bila tak terasa, lalu tepi rak tu haram tak dicapainya. Mana ler nak kurang lemak kat perut kalau pemalas nak konsisten minum lemon kalau macam ni?

4 comments:

  1. akak buh lemon dalam air masak.. tp kadang2 ter malassss jugakk... aiyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler gayanye Yani ni KekDa.....lemon tu mudah je dapat tapi kalau dah malas, tak jadi juga amalan...huhu!

      Delete
  2. Yani, secretly I follow you punya cara intake dalam makanan tambahan tau..cumanya I nak tanya, you selalu demam tak? Sebab i noticed kalau banyak ambil supplement I kerap demama. Mak cakap sebab panas badan tak tahan..So i stop kejap dalam seminggu dua then consume balik..Sebab tu my supplement lambat habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BnC, so far takde lak demam ke apa sejak makan supplemen..kalau ada pun haritu, demam panas plus selsema dan batuk masa mula2 start mkn clomid...that's all.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)