01 October 2013

Cabaran 90 Hari : Bowling Dengan Encik Hubby

1 Oktober 2013.

Takde angin takde hujan, tiba-tiba berbowling lewat malam. Huhu!
Idea hubby, telefon petang semalam ajak main bowling dengan kawan-kawan tempat kerja hubby lepas waktu kerja. Dah jadi satu hal hubby kena balik ambil aku kat rumah, lepas tu pusing balik ke tempat kerja untuk join kawan-kawan dia main bowling.

Terasa sangat kakak di kalangan mereka-mereka ni, dah semua panggil 'Kakak'...huhu, ye la, semua umur tak lepas 30 tahun lagi. Hubby dengan aku je yang umur 30 tahun ke atas dan dah kawin.

Lebih kepada sesi meramaikan jemaah bola bowling masuk longkang je, sebab tak de praktis dan sesi warming up terus lawan 3 kumpulan. Sedar-sedar dah pukul 1.00 pagi, semua dapat main 3 pusingan. Aku serasi dengan bola saiz 8-10 je, yang lain berat sangat, rasa nak tercabut jari!

P/s: Baki 90 hari sebelum masuk tahun 2014 ni kalau boleh nak sambung semula aktiviti beriadah, salah satu usaha nak melajukan semula proses penurunan berat badan. Kali terakhir yang betul-betul beriadah keluar peluh awal-awal tahun 2013 aritu je, lepas tu dah berhenti terus sebab takde kawan sparing nak beriadah. Dumbell ke mana, bola sukan ke mana, aku ke mana.....tak boleh nak harapkan 100% pada pemakanan Herbalife je.


No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)