30 September 2013

Wrap Up : September 2013


30 September 2013.

Edisi kesimpulan bulan September aku.



Berat Badan : Ye.....aku tahu, berat badan naik! Muahaha....tapi jangan salah sangka, ni berat badan sehari selepas period. Hormon kacau bilau masa period dan masa telan Clomid baru nak reda balik. Berat terakhir ditimbang pada bulan Ogos lepas adalah sebanyak 63.9kg, which means ada kenaikan sebanyak 0.8kg sepanjang bulan ini. Mananyer tak struggle, awal dan hujung bulan September bergelumang dengan Clomid, berat badan confirm naik mencanak tapi masih diteruskan dengan Herbalife.

Period : Period hadir pada 24 September - 30 September 2013, tanpa mengambil pil Duphaston. Kitaran period kali ni sepanjang 29 hari. Seperti biasa, dua minggu menanggung breast pain dan sakit pinggang.

Usaha TTC : Masih meneruskan usaha dengan supplemen EPO, Obimin, Omega 3 Fish Oil dan lain-lain lagi. Amalan meminum susu kambing bersama buah kurma kami suami isteri seperti biasa. Encik suamiku tersayang masih konsisten mengambil supplemen Speman dan Kapikachhu untuk kesihatan diri. Tambahan supplemen Surbex Zinc bagi kami suami isteri bermula 23 September 2013.

Untuk rekod aku, usaha dengan kitaran pertama Clomid 100mg tidak berjaya, period muncul pada 27 Ogos - 1 September 2013. Kitaran kedua Clomid 100mg bermula pada 25 September - 29 September 2013. Alhamdulillah, dek saranan Sizuka Mengapai Bintang untuk ubah waktu makan Clomid kepada sebelah malam banyak beri kesan positif pada aku; terutamanya dari segi mood swing. Emosi lebih terkawal, cuma selera makan masih jadi musuh utama dalam diam. Haish!

Sedang menghitung hari untuk ujian hormon D21 Progesteron lepas kitaran kedua Clomid 100mg ini, yang jatuh pada 14 Oktober 2013 (Isnin) nanti. Bismillah!

8 comments:

  1. Teruskan usaha yani! (sambil lompat2 gaya pom pom girl) :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoyeaahhh....ni baru nak seru semangat waja utk tahan nafsu makan....deadline nak jumpa doktor lagi 2 minggu dan pertengahan bulan Disember nanti....janganlah berat badan naik lagi...risau!!

      Delete
  2. akak! farhah pon kuat nafsu makan tauuu...dh gemuk gedempol dah nih! hahaha gudlakkkkk akakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farhah...good luck utk Farhah jugak! Huhuhu....ni br balik dr main bowling dgn hubby dan opismate dia...berpeluh x de, menang sorak je lebey..kih kih kih!

      Delete
  3. yani, all the best.. i pray for u guys!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.....inshaAllah Nina....doa2kan kami semua ye, semoga dapat ikut jejak langkah Nina lepas ni....

      Delete
  4. berkat usaha, pasti berbaloi hasilnya..mudah mudahan :)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)