10 September 2013

CD15 : Mual dan EWCM

Sumber Gambar : Google

10 September 2013.

Aku perasan dua hari ni aku tiba-tiba cepat rasa mual tekak terutamanya waktu tengahari membawa ke petang. Rasa lenguh dan sakit belakang pun mula terasa dua tiga hari ni. Mula-mula aku ingatkan aku rasa mual sebab banyak sangat minum air masak. Rasa mual ni datang sekejap-sekejap.

Sumber Gambar : Google (Sorry...Gambar Sensitif Skit)
Hari ni CD15 aku.

Tengahari tadi, masa ke tandas, aku perasan ada keluar jeli-jeli jernih kat bawah tu. Kuat firasat aku, aku dilanda EWCM (Egg white cervical mucus). Hati melonjak gembira, tersenyum sorang-sorang dalam tandas. Kebetulan, sehari dua ni aku dok terfikir bilalah waktu subur aku bulan ni.

Bila aku tengok kelendar kitaran haid aku, aku dok perhatikan juga tanda-tanda nak datang bulan macam breast pain. Kebiasaannya, kalau on Clomid, simptom breast pain mula muncul sekitar CD15 - CD17. Tapi, setakat hari ni belum ada tanda-tanda nak breast pain.

4 comments:

  1. Yani, on clomid kan this cycle? Dah TVS ke? slalu kalo ada EWCM tu tanda nak ovulate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :(

      Sweet Tooth...Yani mana ada prosedur TVS....ni doktor klinik OnG GH Melaka, bagi Clomid utk 2 cycle, lepas tu suruh usaha sendiri...kalau jadi, jadi ler, kalau tak..takde apa-apa...tu yg ralat skit tu. Bila tgk kawan2 TTC lain siap ada buat TVS dan buat macam2 injection, rasa macam sedih je.

      Hari tu masa 1st cycle makan Clomid 50mg tu (bulan Mei, kalau tak silap), memang ada usaha cari sendiri klinik swasta yang buat TVS, tapi macam-macam kekangan...doktor tak buat TVS la, takde doktor perempuan la, boleh buat TVS tapi kena datang hari lain la...mcam-macam...tu yang terus tak cari lagi dah.

      Delete
  2. Sye rase awk kne g spital besar sket. Sbb clomid ade tempoh bpe2 cycle je kita ley makan (if i not mistaken :p) jadi syg kalau da on clomid tapi tak btol2 monitor telor kita.. sye baru nak start treatment.. nervous dan excited all at the same time. Mudah-mudahan ada rezki kita!! :)) InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afrah....Klinik OnG GH Melaka tu Hospital Besar Melaka la. :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)