31 August 2013

Wrap Up : Ogos 2013



31 Ogos 2013.

Edisi kesimpulan bulan Ogos aku.

Berat Badan : Berat terakhir ditimbang pada bulan Ogos adalah sebanyak 63.9kg iaitu kenaikan sebanyak 300gm daripada berat badan sehari sebelum Syawal (63.6kg). Seminggu raya berat badan naik 1.6kg semula (65.2kg). Berpuasa ganti selama selama 8 hari dan amalkan semula regim pemakanan yang betul, berat badan kembali kepada 63.9kg. Alhamdulillah! Kenaikan berat badan cuma 300gram sahaja, dan tidak melambung-lambung sepanjang 3 minggu di bulan Syawal 2013. Penurunan sebanyak 17.0kg selama mengamalkan Herbalife ini.

Period : Period hadir pada 27 Ogos - 31 Ogos 2013 (dan masih dalam keadaan datang bulan sekarang ini, dah tinggal sedikit nak tunggu bersih 100%), tanpa mengambil pil Duphaston. Kitaran period yang tak menentu kali ini sehingga CD33. Seperti biasa, dua minggu lebih menanggung breast pain dan sakit pinggang. Yang aku perasan, sehari sebelum datang period, aku akan jadi pening kepala dan rasa loya nak muntah, simptom yang datang sepantas kilat lepas tu lenyap.

Usaha TTC : Masih meneruskan usaha dengan supplemen EPO, Obimin, Omega 3 Fish Oil dan lain-lain lagi. Amalan meminum susu kambing bersama buah kurma kami suami isteri seperti biasa. Encik suamiku tersayang masih konsisten mengambil supplemen Speman dan Kapikachhu untuk kesihatan diri. 
 
Rawatan susulan dengan klinik OnG GH Melaka pada 23 Ogos 2013 haritu, doktor OnG suruh makan Clomid untuk dua (2) kitaran lagi dengan dos Clomid dinaikkan kepada 100mg. Perkembangan baik rawatan kali ini, doktor yang proposed sendiri ujian hormon D21 Progesteron lepas kitaran kedua Clomid 100mg ni, berkemungkinan pada bulan Oktober nanti. Timbang berat badan semasa rawatan di klinik OnG kali ni adalah 63.6kg, iaitu pengurangan sebanyak 2.5kg daripada berat badan semasa rawatan bulan April dulu (66.4kg).

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan dear...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah PnSusu.......harap2 begitulah hendaknya.... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)