16 August 2013

Syawal 2013 : Berpuasa Ganti Hari Kedua

Sumber Gambar : Google

16 Ogos 2013.

Saat entri ini ditulis, aku sedang menghabiskan shake dan buah epal hijau saat bersahur. Alhamdulillah, diberi peluang melakukan ibadah puasa ganti untuk hari kedua. Perancangan awal, aku nak mula berpuasa ganti bermula hari Rabu, bersamaan dengan hari aku mula naik kerja. Shake dah siap blend, niat berpuasa ganti dah baca sebelum tidur dan jam di HP pun sudah dikunci untuk memudahkan aku bangun awal bersahur. Tapi itulah dia, kan? Perancangan Allah untuk aku, di mana aku kesiangan, terjaga tepat jam 6.14pagi. Allahuakhbar...

Semalam, aku cekalkan hati, buat persiapan serapi mungkin. Shake siap-siap diblend sebelah malam sebelum tidur, minta izin dengan hubby nak berpuasa ganti. Syukur, terjaga awal, sendirian bangun sahur sambil menonton rancangan tv di PC dalam bilik kami.

Urusan di pejabat pun berjalan lancar, cumanya menjelang pukul 1.00 petang, perut sudah mula berbunyi tapi masih boleh diabaikan sehingga petang. Berbuka dengan Aloe, Teamix dan Shake Herbalife, kebetulan famili merancang untuk makan malam di luar bagi meraikan abang tunggal kami sebelum dia terbang balik ke Brunei.

Amalan Susu Kambing dan Kurma
Untuk rekod, aku sudah mula meminum susu kambing yang dibancuh bersama dalam shake Herbalife aku pada hari Rabu lepas (14 Ogos 2013) setelah hampir seminggu tidak berkesempatan meneruskan amalan susu kambing dan kurma bagi kami suami isteri.

Simptom Breast Pain
Simptom breast pain masih ada dan makin bertambah sakit bila menggunakan bra berdawai. Solusinya setelah beberapa kali bereksperimentasi, setiap kali aku terkena simptom ini, aku akan memakai sport bra sepanjang hari. Sekurang-kurangnya, kurang sedikit tekanan pada sekitar breast yang mengurangkan kesakitan dan kebengkakan breast aku.

10 comments:

  1. oh...i x start lagi... nxt week perhaps... huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengejar masa sebenarnya Sweet Tooth, nak back-to-back puasa ganti (8hari) dan sambung dengan puasa sunat 6 sebolehnya dalam bulan Syawal ni. Lagipun Yani dah dok congak, berkemungkinan akan period Jumaat depan, confirmlah makan 7 hari nak suci semula. Lepas tu, baki2 bulan Syawal yang nak kena berpuasa.

      Delete
  2. selamat hari raya yani.....

    sue skang byk dh x amalkan .. satu pun xde..lepas raya ni kena tekad amalkan smula..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga Sue....Yani ni amalkan apa yg dah dibuat bersama hubby utk tempoh lama, sebab kalau buat x istiqamah, x nampak hasil dan perubahan usaha TTC kami nnt...

      Delete
  3. i pose penuh this year...u ingat tak yg i cerita simptom nk period tu? sampai skrg period tak muncul2.. nak buat upt? takde kekuatan lg.. so, hadap jela breast yg bengkak + cramp kat ari2 + back pain.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke? Untunglah puasa penuh tahun ni, tak yah fikir nak ganti puasa banyak2, kot ada pun, buat puasa sunat 6 Syawal. Nina try la buat UPT, mana lah tahu rezeki Ramadhan/Syawal ada untuk Nina dan hubby~

      Delete
  4. selamat berpuasa 6 kak, sama2 lah kita mengejar kesempatan yg diberi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, thanks CikJi...ni kejar puasa ganti dulu, lepas tu baru buat puasa sunat....(hari ni kesiangan), jadinya kena tunggu hari Isnin baru sambung puasa ganti balik...esok nak pergi kenduri kawin kawan hubby di Seremban, dah delay 2 hari plak...alahai~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)