17 August 2013

Syawal 2013 : Bila Hubby Kemaruk Makan Keropok Bawang

17 Ogos 2013.

Bermula dari waktu beli kuih dan keropok sebelum raya lagi, hubby dah mention awal-awal suruh beli keropok bawang. Aku beli kat kedai 2 pek besar, satu untuk rumah mak dan satu untuk rumah mertua. 

Ni sudah dekat beberapa hari hubby dok merungut kat telinga aku, nak cari dan makan kerepek bawang lagi. Hubby cakap keropok bawang kat rumah mak ni dah habis (sebenarnya ada lagi, bila aku cari, mak alihkan ke dapur belakang, jadi hubby tak jumpa la). Aku ingatkan mati cerita kat situ je, rupa-rupanya tahap kemaruk hubby dengan keropok bawang ni dah tahap dia pergi cari sendiri kat dua tiga tempat. Hubby pergi Pasar Masjid Tanah, Melaka Central dan AEON Bandaraya Melaka (wing lain) cari keropok bawang ni tapi tak jumpa.

Malam semalam pergi AEON Bandaraya Melaka sebab hubby dah beli siap-siap tiket wayang Adnan Sempit 3, masa nak naik lif, ada satu gerai jual biskut, kek dan keropok raya, apa lagi, menyinggah la. Aku suruh hubby cari betul-betul keropok bawang sebab dia nak sangat. Alhamdulillah, ada juga dijual keropok bawang tu. Lepas siksa aku asyik dibingitkan dengan rengekan hubby nak keropok tu. Haha~ Aku siap suruh dia beli dua bekas terus, lepaskan kemaruk dia dengan keropok tu, mana tahu lepas ni susah nak jumpa keropok bawang ni lepas bulan Syawal.


Ikutkan aku, aku lebih suka makan keropok bawang yang mak buat sendiri macam kat bawah ni. Tebal pun tebal, terasa daun bawangnya. Tapi hubby tak minat pula, jadi, ada dua jenis keropok bawang la kat rumah aku sekarang ni.
 

4 comments:

  1. I wish dapat bg yani rasa satu kepok bawang yg lain dari yg lain... I selalu beli, kepok bawang ni asal dari utara. Mmg addicted!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Sweet Tooth..apa nama keropok bawang tu, mungkin Yani boleh google untuk tengok gambar keropok tu dalam internet....

      Delete
  2. i suka keropok bawang nipis nipis tu.. memang kalau start tak boleh berhenti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura, boleh jadi satu team dgn hubby Yani ni! Yani neutral..keropok jenis nipis boleh layan, jenis tebal pun boleh layan! Huhuhu~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)