21 August 2013

Herbalife : Cheat Day Di Vivo Pizza


21 Ogos 2013.

Sudah lama simpan rindu dendam nak makan Choco Almond Dessert Pizza di Vivo Pizza, AEON Bandaraya Melaka. Cheat day sekali sekala, pertama kali rasa Choco Almond Dessert Pizza ni sebelum bulan Ramadhan. Hari tu, masa bulan puasa, ada cakap dengan hubby teringin nak makan lagi, tapi tunggu lepas Raya la.

Kebetulan Ahad lepas nak ke Paroi Jaya, Negeri Sembilan untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baik hubby, aku pujuk hubby singgah AEON Bandaraya Melaka dahulu sebelum masuk PLUS highway.


Sekali sekala makan boleh la kot, jangan ulang selalu...tinggi kalori ni. Yang buat teringat-teringat tu sebab ada marshmallow dan sos peanut, dan dihidang panas-panas. Memang masa suap kat mulut, terdiam suami isteri dalam kereta, lamaaaa lepas tu baru bersuara semula. Huhuhu....


Masa kat kaunter Vivo tu nampak ada kek Mango Mousse, nampak sedap jadi terus beli sepotong makan berdua dengan hubby. Kebanyakkan kek kat Vivo ni jenis kek cheese, aku dan hubby memang tak makan sangat kek jenis cheese, bak kata hubby, kek cheese ni rasa muak bila dimakan.


Lepas makan, terus minum 2 liter air teamix untuk elak lemak-lemak melekat dalam badan dan bakar semula kalori berlebihan dalam badan. Dan yang paling bestnya, tak sampai dua tiga jam, dah keluar semula secara semulajadi....yeay!


No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)