01 July 2013

Wrap Up : Jun 2013


1 Julai 2013.

Edisi kesimpulan bulan Jun aku.

Berat Badan : Penurunan berat badan yang perlahan, hanya turun 0.7kg berbanding berat badan pada bulan Mei yang lalu. Hanya dapat timbang berat badan dengan rakan Herbalife sekali sahaja bulan ini, itupun di pertengahan bulan Jun. Ni rasa ada naik sedikit, kena betulkan balik niat dan azam berdiet secara sihat aku. Fokus! Mungkin boleh ubah balik pola pemakanan yang lebih terkawal sepanjang bulan Ramadhan pada bulan Julai ini. InshaAllah!

Period : Period hadir selama 7 hari pada 16 - 22 Jun 2013, suprisingly tanpa sempat mengambil pil Duphaston. Memang tak terduga langsung, tengahari keluar brownish discharge, petang dah period. Tapi, dua minggu jugalah menanggung breast pain. Kitaran kali ini hanya 28 hari, subhanaAllah. Aku pun tak pasti sama ada ini kesan clomid pada badan.

Usaha TTC : Bulan Jun ini, usaha diteruskan dengan supplemen EPO, Obimin, Omega 3 Fish Oil dan lain-lain lagi. Amalan meminum susu kambing bersama buah kurma kami suami isteri masih diteruskan, kali ini kami bertukar kepada susu kambing jenis sachet Hi-Goat. Encik suamiku tersayang masih konsisten mengambil supplemen Speman dan Kapikachhu untuk kesihatan diri.



Mak : Bulan yang paling banyak menguruskan mak admit dan discharge dari wad. Rekod kehadiran yang paling tak cantik berbanding bulan-bulan lain. Takpelah, rezeki diri aku untuk bulan Jun. Aku tak mengeluh, tapi susah nak fahamkan orang lain tentang situasi keluarga aku sekarang ni. Seboleh mungkin aku tak nak susahkan unit dan pengurusan aku.

Hari ni, 1 hb Julai 2013, hari lahir mak yang ke-68. Hari yang sama mak kena masuk wad untuk persediaan pembedahan hari Jumaat ini (5hb Julai 2013). Pagi tadi sebelum pergi kerja, aku salam mak dan ucapkan selamat hari lahir. Mak sebak dan tanya pada aku soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawap. Jawapannya ada di tanganNya. Aku tahan airmata, aku tak nak mak nampak aku menangis. Hanya selepas tiba di parkir pejabat, aku lepaskan airmata dalam kereta. Aku kena kuat, kami adik beradik kena kuat untuk mak. Bermulalah semula rutin harian aku ke GH Melaka menjenguk mak selepas waktu kerja sepanjang minggu ini. Belum pasti bila mak boleh keluar wad, aku dah bersedia fizikal dan mental untuk berhadapan dengan bulan Ramadhan berulang alik ke hospital.

6 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan Yani..Take care ok :-)

    ReplyDelete
  2. Yani.. smoga smuanya berjalan lancar.. n tabah ye hadapi smua ni... :)

    ReplyDelete
  3. Yang penting kita jaga pemakanan kita.. Insyallah.. will b fine :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kak, bila badan dah banyak penyakit ni, tak boleh degil nak keras kepala melantak macam-macam, yang menderita esok lusa diri sendiri juga....Yani selalu motivate diri sendiri dengan ayat tu

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)