Hari ni CD18. Bermula CD17 dah mula rasa sakit pinggang bahagian belakang badan. Serba tak kena dibuatnya, most of the time rasa nak baringgggg je, takmo berdiri lama-lama. Kalau ikut pengalaman aku, bulan lepas sebaik sahaja masuk CD17 (CD16 hari terakhir doktor sarankan bersama dengan hubby), aku dah kena breast pain. Sampailah genap dua minggu, period. Bulan ni lain pula simptomnya, sakit pinggang datang, tapi yang peliknya tak ada pula rasa breast pain. Serius, takde. (sambil dok pegang-pegang sendiri sekarang ni, nak double confirm...hah!)
Seperkara lagi, bila aku semak kalender kitaran period aku, assumption aku kalau kitaran selepas ini ok macam bulan ni, kemungkinan besar aku akan period pada sekitar 14 Julai 2013, iaitu minggu pertama bulan Ramadhan nanti. Harap-harap period kali ini behave la.
suri punya period pun lbh kurang cmtu jgk skrg nih...7-8 hari b4 period kuar, sakit pggang yang amat. nak duduk pun seksa, xleh duduk lelama. tido mlm lg la, xleh mengiring pun. kena telentang je, baru selesa. dah 3 bulan suri jd cmni
ReplyDeleteYani ni sebelum ni memang kalau period ada lenguh-lenguh pinggang tapi, semasa period la, bukan sebelum period. Sampai hari ni belum ada breast pain (selalunya breast pain tanda nak period).Tapi lengguh pinggang dah masuk hari ketiga.
Deletehi sis, sebelum ni saya juga mcm 2. Kadang2 sakit breast berpanjangan selama 2ww and kadang kala pula lenguh2 pinggang dan sakit belakang. Tapi lepas sy mkn Evening Primrose Oil (EPO) sejak setahun lepas, dah jarang2 mcm ni dah. Apakata sis pun cuba.
ReplyDeletehttp://journeytottc.blogspot.com/
Shazrina, Yani memang tengah amalkan EPO la skrg ni...dulu pernah makan masa sebelum kawin lepas tu stop. Ni sambung makan balik, start awal April haritu. Breast pain dan lenguh pinggang masih terasa walaupun makan EPO ni, ingatkan masa makan pil hormon je kena...
Deletehttp://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/04/epo-makan-semula-bio-life-dan-efamol.html
mcmne aturan mkn EPO ni ye? tiap2 hari makan ke?
DeleteSuri, Boleh rujuk entri Yani ni...aturan ni bergantung kepada nasihat doktor/farmasi masing-masing. macam Yani, ini cara makan EPO yang disarankan....harap dapat membantu ye.
Deletehttp://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/05/tips-epo-dan-lumiglow.html
Elok Yani tulis kat blog ni simptom2 ni seme. Senang nak refer semula nati..
ReplyDeleteInshaAllah, menulis dalam blog ni banyak membantu Yani track balik progress rawatan dan usaha TTC Yani, Kak...blog Akak pun banyak membantu Yani. Terima kasih...
Delete