04 July 2013

Tolong Doakan Mak Yani Ye

4 Julai 2013.

Baru balik dari hospital, dan baru lepas solat maghrib di pejabat. Sepanjang perjalanan dari hospital ke pejabat, airmata turun tak berhenti-henti mengalir. Itu sahaja masa yang sesuai untuk aku lepaskan semua perasaan aku. Demi Allah, aku tak boleh menangis depan mak. Aku tak nak semangat mak makin lemah bila tengok anak-anak mak menangis. 

Pagi tadi, jam 8 pagi, mak perlu jalani dialisis memandangkan keadaan buah pinggang mak makin teruk. Doktor arahkan supaya dialisis dibuat sebelum pembedahan diteruskan esok pagi. Jam 12 lebih tengahari tadi, bibik telefon dan beritahu mak baru selesai dialisis, aku hanya sempat dengar suara mak sekejap je. Alhamdulillah, suara mak lebih bertenaga berbanding sebelum-sebelum ini. Jasad aku sahaja ada di pejabat, tapi fikiran aku dah jauh melayang teringatkan apa keadaan mak saat tu.

Petang tadi, aku rushing ke hospital sampai tertinggal telefon aku di pejabat (sebab tu aku datang semula ke pejabat sekarang ni, jam 8.19 malam), sesampai je di wad mak, adik aku cerita pada aku, masa dia sampai tadi mak nampak je muka adik aku, terus mak meleleh airmata dan cakap "Mak takut"....Ya Allah! Mak aku yang selama ini aku kenal sebagai seorang yang sangat tabah, sangat kental semangatnya membesarkan kami semua adik beradik sudah sampai ketikanya 'merintih' takut akan kemungkinan pembedahan esok. Sayu hati aku tengok wajah mak, tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Aku tatap wajah mak puas-puas. Aku rasa nak menangis sangat-sangat, tapi aku tak boleh. Aku hanya mampu buat mak ceria dengan celoteh aku, untuk hilangkan gentar mak.

Esok, jam 8.00 pagi, mak akan ditolak masuk ke dewan bedah yang akan bermula jam 9.00 pagi. Tak ada lain yang aku minta saat ni, aku hanya mohon mak dapat jalani pembedahan tanpa sebarang masalah dan kembali sembuh. Adik aku maklumkan yang doktor ada beritahu, proses penyembuhan mak akan memakan masa yang agak lama sebab ia melibatkan bahagian sulit mak, apantah lagi dengan keadaan mak yang selama ini berkerusi roda. Jadi, berkemungkinan besar mak akan duduk di hospital sepanjang bulan Ramadhan nanti bergantung pada kesihatan mak.

InsyaAllah, aku dah bersedia dengan perubahan hidup kami sekeluarga selepas ini. Aku redha jika ini ketentuan yang Allah dah takdirkan untuk kami. Fokus aku bukan lagi tentang bulan Ramadhan, sekarang lebih kepada perhatian khas untuk mak.

Kawan-kawan.....aku tahu kita semua tidak pernah bersua muka, tak pernah mendengar suara dan berbual, malah tidak kenal isi hati masing-masing, cuma besarlah harapan aku jika kalian dapat mendoakan keselamatan dan kesihatan mak sepanjang pembedahannya esok pagi. Aku mungkin tidak dapat membalas semua doa yang kalian titipkan untuk mak, tapi aku sentiasa berdoa agar Allah membalas semua kebaikan kalian jika tidak di dunia, di akhirat kelak Insha Allah....amin!
 

23 comments:

  1. In shaa Allah Yani. Evething will be fine. She will be okay. Yani dan adik beradik pun doa byk2 ye. Redha apa2 pun yg terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, Yani sentiasa berdoa...Yani usaha redha dengan apa jua kemungkinan...

      Delete
  2. Akak doakan mak Yani selamat menjalani pembedahan..doa ni sweet tooth@nina ajar akak,memang sangat besar kelebihannya - Rabbi Yaasir Wala Tu'assir Ya Karim..niatkan semoga dipermudahkan segala urusan,semoga dilimpahi rahmat Allah buat Yani sekeluarga.Tabah ya dik..*hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak....ketabahan Yani tak setabah mak. Depan anak-anak mak mampu tersenyum sembunyikan kesakitan...dugaan yang menimpa mak kurang dua tahun ni (kaki kanan kena potong atas lutut, buah pinggang rosak, buat dialisis ditambah pula dengan kanser ni) buat kami adik beradik bertambah menghargai setiap detik kami bersama mak. Itulah mak, itulah ayah kami....

      Delete
  3. Ily doakan semoga pembedahan mak Yani dipermudahkan Allah dan berjalan lancar. InshaAllah Yani kuat nak lalui semua ni. Support Yani dan adik-beradik yang mak Yani perlukan sekarang. Be strong my dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ily, inshaAllah...Yani pun berharap pembedahan mak berjalan lancar. Hati ni tak sabar nak melawat mak tengahari ni....harap-harap mak dipindahkan ke wad biasa, dan tidak ditempatkan di ICU lama-lama.

      Delete
  4. Ida, InshaAllah.. Allah lebih mengetahui apa dugaan yang diberikanNya kepada family Ida.. Daddy kiera pun baru je dialisis last week, mmg keadaan after dialisis kita sendiri xsanggup nak tgk, tapi anak2 kena kuatkan semangat n bagi sokongan moral pada parents kita yg sakit tu.. I'll pray your mom dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiera, terima kasih banyak-banyak Kiera. Ida sangat2 fragile skrg ni...org nampak luaran tenang dan tersenyum, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa sunyi dan sedihnya hidup....

      Delete
  5. salam yani, insyAllah everything will be fine. kita dh usaha, serahkanlah semua2 skrg kepada Allah. Yakin tu penting, tiap kali pegang badan mak yani baca auzubillah..(full) 7x. bila dia mkn ubat mintak mak yani bacakan ya shafiy byk2.. yani pun bleh baca skali.. yelah kena tunjuk yani kuat, apa2pun susah payah -tenaga masa duit- yani jaga mak tu, suatu masa nanti ditakdirkan mak yani pergi dulu dari yani, yani akan rasa sgt puas hati sbb dah berbakti kat dia dan menjaga jasad n perasaan dia. insyAllah kalau berpisah dgn siapa2 pun yg kita syg cuma di dunia je, nanti di sana kita akan berkumpul jugak dgn mereka.. aamiinnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kak Baby....doa Auzubillah 7x tu Yani baru dapat dari blog Pn Stoberi, terima kasih banyak-banyak kat Pn Stoberi. Cuma kalau boleh kongsikan doa penuh atau nama doa Ya Shafiy tu, amat-amat berterima kasih....

      Delete
    2. Maksud Kak Baby, doa yang ini ke?

      1. The patient should recite – Ya Shaafi Ya Kaafi Ya Baaqi, La ilaaha illa anta, Subhanaka, Inni kuntu minaz-zalimin – 40x after every obligatory salaat and blow 3x over himself.
      2. The patient should recite – Ya Shaafi Ya Kaafi Ya Baaqi, La HuwLa WaLa KhuWaTa ElLaBilLa, abundantly as much as he can while walking, sleeping, sitting and during day to day activities.

      Delete
  6. mcm2 doa yg include kan as shafiy tu.. (yg Maha Penyembuh).. bleh bace dia saje.. atau bleh bace mcm yg yani quote tu.. atau ada juga org masukkan dlm bismillah 5:
    1.Bismillah (full)
    2. Bismillahis shafiy
    3. Bismillahil kafi
    4. Bismillahilmua'fiy
    5. Bismillahillazi layadhurru maa'smihi syaiun fil ardh wala fissama-i wahuassamiu'l a'lim.. (doa menjauhkan dari kejahatan makhluk/apa2 jua)

    Selawat dan tasbih jgn dilupa.. :) bila byk bace insyAllah rasa tenang dan yakin dgn ketentuan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye Kak Baby, semoga Allah membalas budi baik Kak Baby sekeluarga...

      Delete
  7. Insyallah dipermudahkan segalanya. perbanyakkan berdoa dan kuatkan semangat yer dear.

    ReplyDelete
  8. Akak doakan semuanya berjalan lancar ye Yani.. jgn risau2 sgt. Insyaallah oke.. sbb setiap ujian ni, Allah tahu kita boleh laluinya.. Itu pasti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah Kak, kebetulan Akak ada buat entri tentang doa mengurangkan sakit hari ni, Yani bersyukur sangat....rakan2 TTC pun banyak membantu, Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian semua. Sebak hati sekarang ni...

      Delete
  9. “Dengan nama Allah aku membacakan doa kesembuhan untukmu, Allah-lah Yang menyembuhkanmu, dari segala penyakit yang ada padamu. Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada yang mampu memberi kesembuhan kecuali Engkau.”

    P/S :semoga mak yani kuat hadapi semua ni..semoga semuanya selamat..inshaAllah..bykkan doa ye yani..setiap kesedihan pasti Allah gantikan dgn kegembiraan kelak..sakit tu juga ujian dan dugaan utk kita yg sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anna, terima kasih sebab beri semangat...hanya Allah yang dapat membalasnya....

      Delete
  10. slm sis..sy silent reader..besar rahsia allah..allah bg dugaan kt sis supaya dpr kumpul shm kt sane :)..so take care your mom ... semoga sis tenang n your mom cepat sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anonymous (kalau sudi kongsi nama/panggilan, ok juga)...inshaAllah, selagi masih Allah pinjamkan mak pada kami adik beradik, kami cuba sebaik mungkin berbakti....

      Delete
  11. Saudari, sy doakan agar mak saudari akan cepat sembuh. Mmg tak tertahan rasanya apabila mak/ayah atau ahli keluarga kite sakit. Saya dapat merasakan kerisauan saudari. Semoga Allah akan memberi ketabahan buat saudari sekeluarga menghadapi saat sukar ini dan semoga kehadiran ramadhan akan mengembalikan kesihatan mak saudari. amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 Shazrina....saya yakin dan percaya mak saya selamat menjalani pembedahan tempohari berkat doa orang-orang disekelilingnya, termasuklah kalian semua....Risau dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Perasaan takut dan redha dengan atas kemungkinan kehilangan mak bercampur baur. Betul orang kata, bila hampir kehilangan, kita lebih menghargai seseorang dalam hidup kita.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)