05 June 2013

Susu Kambing Hi-Goat : Premium Kurma & Madu


5 Jun 2013.

"Tiada rotan, akar pun berguna"
Boleh kot guna perumpamaan macam tu dalam kes aku ni?  Huhu...


Lepas fikir balik dan rakan-rakan TTC pun banyak beri pendapat, akhirnya aku buat keputusan untuk membeli susu kambing Hi-Goat keluaran HR Marketing Sdn. Bhd. di stall dalam AEON Ayer Keroh tengahari tadi. Ada dua perisa susu kambing Hi-Goat dipamerkan; perisa Asli dan perisa Premium Kurma dan Madu.


Harga sekotak susu kambing Hi-Goat perisa Asli adalah RM38.80, tapi memandangkan ada promosi sekarang, harganya adalah RM29.00 sahaja. Harga sekotak susu kambing Hi-Goat perisa Premium Kurma dan Madu pula RM48.00. Kalau tengok dari segi kalori (see? Penyakit calorie freak dah menular dalam diri ni), sama je tiada beza; untuk bancuhan dengan 200ml air suam bersamaan 106kcal untuk kedua-dua perisa  itu. Jadi, aku beli yang perisa Premium sebab dah premix dengan kurma dan madu, tak yah susah-susah nak fikir mana nak cari madu. Minta tawar harga, budak stall tu beri harga RM45.00 sekotak. Mungkin ada stall atau kedai yang boleh beri harga lebih murah tapi nanti-nantilah aku survey....janji esok dah boleh mula minum balik susu kambing dibancuh dengan shake Herbalife kami suami isteri.


Thanks ye kawan-kawan!

17 comments:

  1. yeay...gud job yani =)

    yana pnah rase gak yg premium tu..best gak..

    mesti yani boleh telan punyelah..xde rase hamis pun..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, in shaa Allah....ada 15 sachet dalam kotak tu, bahagi dua dengan hubby..boleh bertahan seminggu la nampaknya....yang Yana beli sekarang perisa apa? Original ke? Nanti Yana leh tolong surveykan tak..perisa Premium kat tempat Yana berapa harganya?

      Delete
    2. yana beli yg original je yani,sbb kurma ajwa tu bnyk kt rumah..tu yg beli original je..

      ok nnt yana surveykan utk yani yg perisa premium punya tu..nnt yana bgtau yani k. =)

      Delete
    3. ok, thanks Yana...nak buat perbandingan, dalam masa yang sama nak cari stall yang boleh harga lebih menarik....inshaAllah!

      Delete
  2. Saye dulu pun mnum susu kmbing higoat ni jek, sebab susah nak dapat susu fresh nubian tu, kalo ade yang nubian tu baru saye selang2 kan dngan susu hi goat ni... Alhamdulillah xsmpai 2 bulan dah smpai rezki.... InsyaAllah usaha doa n tawakal k dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Ieza, usaha ni kena istiqamah kan? yani tak nak la hangat-hangat tahi ayam je usaha ni....amin untuk doa Ieza tu...

      Delete
    2. Aslm nk tnya mana ada agent cheraa ke kat aini saya nk bli

      Delete
    3. Aslm nk tnya mana ada agent cheraa ke kat aini saya nk bli

      Delete
  3. Teruskan usaha Yani,mudah2an segala usaha diberkati Allah .amin..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Nuriz...kita berusaha sama-sama ye? :)

      Delete
  4. yani, sy selalu beli yg asli tu rm23 jek.. beli kat kedai yg jual produk2 kecantikan dan kesihatan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Sizuka? Murah lagi dari harga promosi perisa Original di AEON Ayer Keroh ni....kena pandai cari la kan? Thanks for the info.

      Delete
    2. klu beli kat kedai HR mmg mahal even dpt harga ahli pun... kene beli kedai jual produk jamu, kecantikan dan kesihatan baru dpt murah..

      Delete
    3. Ok, noted. Tengahari ni nak cuba survey di gerai jamu dalam Mydin Ayer Keroh pula....hihi!

      Delete
  5. Jadi ahli HR dapat murah dan yang pastinya dapat Higoat Original.
    Banyak sangat higoat tiruan diluar sana
    Di samping itu ahli juga berpeluang mendapat bonus dan redeem point

    http://buyonline.hrgroup2u.com/204072.MY01

    ReplyDelete
  6. Saya beli yg premium tu baru cuba sachet kedua . Memang xrasa hamis. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya pun minum selama ni tak de bau hamis....jadi senang sikit nak telan hari-hari.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)