16 June 2013

Kitaran Clomid Pertama : Gagal dan Hikmahnya!

16 Jun 2013.

Pukul 10.30 pagi keluar brownish discharge, pukul 12.45 tengahari turun period. Pantas tak? Masa perasan di pantylinear ada brownish discharge tu, mulut dah terkeluar perkataan Oh oo! Dan bila dua jam lebih selepas itu darah haid turun, maka muktamadlah usaha TTC dengan Clomid gagal kali ini.

Bohonglah kalau aku cakap aku tak menangis. Aku boleh tipu orang lain tentang perasaan aku, tapi tidak pada diri sendiri. Kebetulan, hari ni hubby pun ada sama di rumah, dia cuti. Jadi hubby pun tahu pasal hal ni.

Tak mengapalah, ada hikmah disebalik semua yang terjadi, ini aku amat yakin. Cantik sebenarnya perancangan Allah untuk aku kali ni. Alhamdulillah, aku diberi peluang dan ruang untuk menunaikan ibadat puasa ganti sepenuhnya. Syukur Ya Allah! Satu lagi, aku tengok balik kalender period aku, kitaran haid kali ni makin pendek dari bulan-bulan lepas; kali ni 28 hari sahaja! Sebelum-sebelum ni, kalau bukan kitaran yang makan ubat klinik OnG, kitaran haid aku panjang sampai 39-40 hari. Mungkin ni kesan daripada ubat Clomid rasanya.

Nampaknya esok dah boleh mula makan ubat Clomid (CD2) untuk kitaran baru. Dah period ni, ubat Duphaston simpan dalam laci je la nampak gayanya. Kitaran kali ni teruskan usaha seperti biasa, supplemen dan amalan susu kambing, kurma dan madu.

P/s : Suka sangat tengok cover depan majalah Pa&Ma bulan ni....gebu!

8 comments:

  1. jgn sedih lagi kak.mulakan usaha seterusnya dengan azam yg lebih kuat.!
    aida dulu waktu period lah paling aida suka.sebab aida susah sgt nk turun period. kena makan ubat turun period baru turun, itu pun lepas seminggu makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu....

      kalo kitaran dah jadi 28hari tu kira dah bagus sgt lah tu!
      senang nk kira duedate baby nanti...hehehe..

      Delete
    2. InshaAllah Aida...akak pun suka jugak dah turun period ni, tak payah pening-pening nak agak timing bila masa sesuai nak telan pil Duphaston tu untuk kitaran kali ni. Sedih sekejap, lepas tu fikir positif balik. Best plak rasa period cramp time-time macam ni, hehehe~

      p/s: Aida, semoga proses bersalin Aida nanti dipermudahkan ye? Akak doakan selalu untuk Aida....

      Delete
    3. betul tu.bagus kalo pikir mcm tu.kalo period jgn sedih2 lagi,kering period je terus tanam azam.buat betul2 n sehabis boleh. ramai yg boleh bantu. sebab akak tak seorang.aida dah rasa seksanya tak turun2 period n sedihnya berttc ni. ape pun usaha lagi tau.....

      okey.terima kasih banyak kak. sedang usaha bersenam n byk buat pergerakan supaya dipermudahkan nanti. tapi tak tahu lah rezeki aida nanti mcmana..hehe. nanti tunggu entri aida yer..

      Delete
  2. Its normal to be sad dear... can understand ur feeling. Hang in there... I know u are strong... take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet Tooth, itulah yang dinamakan hati tisu. Konon tak menaruh apa-apa harapan....cubit diri sendiri!

      Delete
  3. saya doakan akak tabah.in shaa Allah kak ada rezeki akak nanti.amin amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye mendoakan untuk Yani. Semoga Allah membalas budi dan doa-doa kawan-kawan semua berikan....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)