10 June 2013

Ikan Jenak Kukus & Brokoli Rebus

10 Jun 2013.

Berbuka di dalam kereta, semasa dalam perjalanan dari Hospital Melaka melawat keadaan mak. Apa yang dapat disambar dari peti sejuk sahaja la; air mineral, buah kurma dan sebiji epal merah. Masa turun di basement wad, jengah bekas buah-buahan penjual, hanya tinggal buah jambu...jadi lah.


Mak ada pesan, lauk pagi tadi masih berbaki, cuma perlu dipanaskan semula kalau nak berbuka di rumah. Sampai rumah, solat maghrib dan terus ke dapur panaskan semula apa yang patut. Ikan jenak kukus masih berbaki bahagian ekor, aku buatkan kuah colek kicap cili api dan rebus baki brokoli sebagai sayur.

Alhamdulillah, lunas sudah tiga (3) hari berpuasa ganti, berbaki tiga (3) hari lagi. Ya Allah, sibuk menguruskan hal mak, tak terasa letih dan lapar berpuasa. Allah permudahkan segalanya bagi aku.

Ramadhan, aku dah bersedia menanti kehadiranmu, aku rindu!

6 comments:

  1. Yey, 3 hari lagi... Smg at the same time dikurniakn pahala puasa sunat sempena awal syaaban :-) amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sweet Tooth, puasa ganti ni nak kena selesaikan segera, kalau diizinkanNya, teringin nak berpuasa sunat di bulan Syaaban ni juga...semoga dipermudahkan untuk kita semua ye....

      Delete
  2. Yani, kite suke sgt mkn ikan cicah kicap + bwg + limau.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...sizuka, kita leh jadi satu team ni! Yani ok je makan ikan goreng biasa..asalkan ade kicap colek mcm ni, nasi kosong pun rasa heaven sgt dah!

      Delete
  3. terliurnyaaa tgk lada kicap gituh,mkn ngan ikan panas2 pun blh habis 2pinggan,dap dap.

    btw,moga dipermudahkan segala urusan,amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikji...nasi panas, ikan baru kukus, sayur panas, kuah kicap cukup bawang dan cukup pedas dan masamnyer.....pergghh! Nasib baik porsi nasi bersukat, habis je nasi dok ratah ikan je la....sedap sgt

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)