21 June 2013

CD6 : Clomid Terakhir Kitaran Kedua


21 Jun 2013.

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk CD6, hari terakhir makan clomid kitaran kedua ni. Jujur cakap, aku tak menaruh harapan kitaran kali ni. Bukan give up tapi aku takut untuk berharapan sangat. Cita-cita nak berBBT untuk kitaran kedua clomid ni dah ke laut. Aku marah pada diri sendiri. 

Alhamdulillah kitaran kali ni dan setakat hari ni, badan tak demam macam kitaran lepas. Cuma selesema dan batuk masih bersisa. Kena pula sekarang Melaka berjerebu tahap membimbangkan, makin tipis harapan nak sembuh sepenuhnya batuk dan selesema ni.

Untuk ingatan diri sendiri, CD10 hingga CD16, hari membuat anak secara projek mega. CD10 jatuh pada hari Selasa depan, dan kebetulan pada hari lahir aku yang ke-30. Ye, aku bakal menginjak alam 30-an. 

Period masih berbaki, semalam masih ada darah merah haid keluar sikit-sikit (smear), hari ni dah mula brownish spotting sahaja. Tunggu sampai esok, kalau dah suci sepenuhnya, aku nak sambung buat puasa sunat Syaaban.

12 comments:

  1. Semoga berkat bulan Syaaban ni murah rezeki Yani. Sama-sama kita berdoa pada malam Nisfu Syaaban hari Ahad 23 Jun ni.Mudah-mudahan dimakbulkan Allah untuk dapat zuriat.Amin3x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nuriz....thanks ingatkan Yani tentang malam Nisfu Syaaban hari Ahad ni, dok terfikir-fikir gak masa drive tadi, bila tarikhnya...InshaAllah, ni pun tengah google amalan malam Nisfu Syaaban.

      Delete
  2. ada satu masa sy rasa ke laut gak utk berTTC. bukan give up tp sedang bersabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, pada satu jarak masa, rasa nak berhenti sekejap, tarik nafas dan lepaskan lelah kat dada ni.

      Delete
  3. moga usaha kita untuk memiliki zuriat dipermudahkan olehNya..dalam usaha juga..
    penah on clomid sekali tapi xde jadi aper..sekarang masih usaha turnkan berat..
    macam mana boleh turunkan berat yang agak banyak..nak jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmi, nak tanya skit...Salmi on clomid berapa cycle ye? Clomid tu membantu tak perbetulkan kitaran haid? Kalau tanya Yani pasal turun berat badan, makan tahun nak turun juga ni, setahun baru turun 14kg lebih. Struggle juga, bukan selalu turun berat setiap bulan, kadang kala statik dan lebih teruk naik berat badan.

      Delete
  4. a'ah ahad nie adalah mlm nifsu syaaban..meh kita tingkatkan amalan kita memohon doa rezeki zuriat..insyaAllah bulan dpn ramadhan da..doa sangat2 mustajab spnjang bulan tu..moga kita lbih dekat pada Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah dan amin! Jom-jom.....teruja betul nak berjumpa bulan Ramadhan ni.

      Delete
  5. Kt nilai pun dh sampai jerebunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan...orang lain punya hal, kita yang tak ada kaitan ni pun terkena musibahnya.....tak belajar dari kesilapan lepas betul negara tu!

      Delete
  6. samela nina batuk n selesema x surut2...tmbh lg jerebu...dlm rmh pun dah bau asap kat johor ni...

    nina pn tgh menunggu AF dtg...kalau xde AF, harap2 Allah bg rezeki...asyik dok terbayang2 baby je. lps tu sengih sorg2... )=

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga kesihatan tau Nina....kalau ada rezeki Allah, inshaAllah...Yani doakan kita semua yg sedang berttc ni rezeki, lebih-lebih lagi nak masuk bulan Ramadhan ni...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)