27 June 2013

Buah Delima Jumbo


27 Jun 2013.

Jangan terkejut kenapa aku berjubah bagai sambil ambil gambar dengan buah delima ni. Huhuhu....Ambil gambar lepas solat isyak, sarung tudung terus suruh hubby tolong ambilkan gambar. Kalau solat, aku kadang kala selesa sarung jubah terus. 

Semalam lepas bawa mak jumpa doktor pakar bius untuk pembedahan Jumaat depan, mak suruh singgah kedai buah. Ada la beli satu dua jenis buah untuk orang kat rumah. Kebetulan terjumpa buah delima bersaiz jumbo yang diletak bersebelahan dengan buah naga dalam peti sejuk kedai tu.

Harga sama macam harga buah delima yang aku beli tempohari (RM7 sebiji) tapi saiz lebih besar, tak keterlaluan kalau aku kata saiz jumbo.


Kalau tak silap aku, aku pernah terbaca di blog rakan TTC, petua nak makan buah delima ni, kena makan sorang-sorang tak boleh berkongsi dengan orang lain. Buah delima yang haritu beli, aku dapat makan separuh je, sebab mak dan bibik dah kopek dulu masa aku pergi kerja. Yang kali ni pun tak berkesempatan makan sorang-sorang, aku kongsi makan dengan kawan pejabat. InshaAllah, aku yakin kalau Allah nak beri khasiat untuk kelebihan mengandung pada diri aku, mana-mana isi pun boleh menjadi penyebab khasiat tu masuk dalam badan. Nak makan sorang-sorang pun gamaknya tak terhabis.


Antara petua yang aku jumpa sepanjang google tentang buah delima ni:

Petua 1 :
Aku share petua yang aku dapat dari mak aku dulu masa aku tengah berusaha untuk pregnant. Cari buah delima yang kelopak atasnya masih ade semua. Erk, paham tak aku maksudkan ape..  aku tandekan dalam gambar ape aku maksudkan dengan kelopak delima.. tak taula istilah betul dia ape, tp mak aku kate tu kelopak so aku ikutla kelopak. Kate mak aku untuk jadikan delima ni sebagai ubat, petuanya carik delima yang kesemua kelopak nya stil attach pade buah, kalau ade yang patah carik buah delima yang lain. So tiap kali beli delima memang aku carik yang kelopaknya masih ade, cuma cantik tak cantik je laa.. hahah. Bile makan buah delima ni dia suruh baca al-fatihah dan ayat kursi, dan niat dalam hati nak kite nak ape. jangan ko niat dalam hati aku nak kereta plak, tak dapatnye lah kereta.. niat untuk kesihatan tubuh badan la ek.

Sumber :
http://surayajafar.blogspot.com/2012/11/khasiat-buah-delima-untuk-wanita-hamil.html

Petua 2 :
Untuk ibu mengandung dinasihatkan untuk memakan sebiji buah delima seorang diri (maknanya jangan share tau, atau kalau ada isi yang jatuh sila kutip ya) kerana dipercayai dalam banyak-banyak isi (ulas) buah delima tersebut terdapat satu isi (ulas) yang baik untuk otak baby. 

Sumber :
http://idazuan.blogspot.com/2012/10/khasiat-buah-delima-untuk-ibu-mengandung.html 

4 comments:

  1. Ade beli jgk 2bijik..isi merah menyala..wah2..tp,mkn dh kongsi2 le plk..huhu..xpe,blh bli lg nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani yang makan berkongsi dgn kawan pun, dari pagi sampai ke malam tak habis-habis lagi. Huhu...

      Delete
  2. info yg menarik yani,,insyaALLAH nak cari buah delima jugak nie,banyak khasiat kn buah delima nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, kalau Yani jumpa lagi di blog rakan-rakan lain, mungkin boleh dikongsikan untuk kawan-kawan TTC juga...Rasanya sekarang tengah musim buah delima kot, macam mudah je jumpa! :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)