28 Jun 2013.
Sudah lama tak bermain dengan bacaan BMI badan kan? Bila teringat balik,
terus google laman web yang buat pengiraan secara automatik melalui
kemasukan maklumat peribadi kita seperti ketinggian dan berat badan
semasa.
Situasi 1:
Kan aku pernah cerita, aku guna dua (2) ukuran
ketinggian sepanjang menggunakan penimbang berat Herbalife, iaitu 151cm
dan 148.3cm? Jadi kalau nak buat perbandingan, aku suka guna dua ukuran
ketinggian yang berbeza untuk lihat perbezaannya.
Ini contoh BMI aku pada berat badan tertinggi Jun 2012 dengan ukuran ketinggian 151cm.
Komen Aku:
BMI aku masa tu adalah 35.35 atau obesiti tahap 1.
Yang ini pula, contoh BMI aku pada berat badan pada bulan Jun 2013 dengan ukuran ketinggian 151cm.
Komen Aku:
BMI aku adalah 28.86 atau tahap berlebihan berat badan. Alhamdulillah~
Situasi 2:
Ini contoh BMI aku pada berat badan tertinggi Jun 2012 dengan ukuran ketinggian 148.3cm.
Komen Aku:
BMI aku masa tu adalah 36.8atau tahap obesiti. Erk...juga masih tahap obesiti.
Situasi 3:
Yang ini pula, contoh BMI aku pada berat badan pada bulan Jun 2013 dengan ukuran ketinggian 148.3cm
Komen Aku:
BMI aku masa tu adalah 30.04 atau tahap obesiti. Borderline antara berlebihan berat badan dan obesiti tahap 1 ni.
Situasi 4:
Di bawah ni pula sasaran BMI yang sesuai dengan ukuran ketinggian dan berat badan untuk BMI normal. Aku bagi contoh untuk dua ukuran ketinggian berbeza.
Sumber Rujukan : http://www.nestle.com.my/Nutrition_Health_Wellness/wellness_quiz_and_tools/Pages/bmi_calculator.aspx
salam jumaat.lme m3h tak cek bmi ni..hehe
ReplyDeleteSalam Jumaat juga....jom kita cek sama-sama... :)
Deleteeh..tinggi kita lebih kurang sama.. :)
ReplyDeleteEh, ye ke kak? Tapi berat tak sama, mesti BMI tak sama.... :)
Delete