06 May 2013

Tahniah Dan Terima Kasih

6 Mei 2013.

YANG BERHORMAT DATUK IDRIS HARON



Y. BHG. DATUK ASSOC. PROF. DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH


Ucapan tahniah kepada Datuk Idris Bin Haron dan Professor Abu Bakar Bin Mohamad Diah yang memenangi kerusi Dun Sungai Udang dan Parlimen Tangga Batu. Datuk Idris Bin Haron adalah calon yang diwar-warkan menjadi Ketua Menteri Melaka yang baru.

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM


Terima kasih Datuk Seri atas jasa Datuk Seri pada bumi Melaka sepanjang berkhidmat 13 tahun ini. Hanya mereka yang bekerja dengan Datuk Seri sahaja yang tahu betapa gigihnya Datuk Seri bekerja selama ini membangunkan negeri Melaka ini. Aku adalah salah seorang pekerja Datuk Seri, dan aku tahu budaya kerja Datuk Seri, yang mana setakat ini masih belum ada orang lain yang boleh menandinginya. In shaa Allah, semoga pengganti Datuk Seri mampu menyambung tradisi budaya kerja Datuk Seri selama ini. Terima kasih sekali lagi.

Tipulah kalau aku kata aku tak sedih Datuk Seri Mohd Ali Rustam kalah mengejut kali ini. Terduduk rasanya bila terima keputusan undi. Hanya mereka yang berada di kediamannya semalam sahaja yang tahu betapa kecewanya Datuk Seri malam tadi. Kecewa sebab dikhianati oleh bangsa sendiri dan kaum satu lagi.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)