30 April 2013

Usaha TTC : Susu Kambing dan Kurma


30 April 2013.

Sejak terbaca entri blogger yang bercerita amalan minum susu kambing bagi usaha hamil, tambah pula baru balik dari berjumpa doktor OnG, kami suami isteri fikir nak berusaha lebih kali ini. Alhamdulillah, aku jumpa susu kambing Nubian di AEON Bandaraya Melaka di bahagian produk sejuk beku selepas balik dari klinik OnG GH Melaka. Harga pun sama seperti yang rakan blogger sebutkan; RM4.99 sebotol. 

Aku pernah lawat laman web rasmi Nubian Goat's Milk untuk dapatkan info sama ada wujud perkhidmatan penghantaran ke rumah, sayangnya, penghantaran hanya terdapat di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja.


Alhamdulillah, kami sudah membeli sebanyak 8 botol susu kambing Nubian ini, cukuplah untuk stok beberapa hari kami. Aku dapat info cara pemakanan dan tips mudah hamil dari blog Moon Punyer Blog dengan pemakanan susu kambing dan kurma;
  • Ambil 4 biji buah kurma; suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
  • Kemudian,buang biji kurma tu
  • Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  • Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut seorang satu gelas.
  • Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
  • Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.


22 comments:

  1. usaha tangga kejayaan..x salah mencuba kan yani..hope berjaya..err..biodex yani dah cuba ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tak salah mencuba...biodex belum pernah cuba lagi. selalu nampak iklan di akhbar, in shaa Allah suatu hari nanti...

      Delete
  2. semoga usaha diperkenan Allah s.w.t, dan dikurniakan zuriat yang soleh/solehah...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn.....Yani pun doakan yang sama untuk kita semua.....mana tahu ramai-ramai timang baby 2014, kan?

      Delete
    2. insyallah...moga2x ada rezeki untuk kita semua.. :)

      Delete
  3. K pun nak cuba susu kambing cycle akan dtg.. kita cuba sama2 ya? insya'Allah... mudah2an berhasil hendaknya... aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Puan K, kita usaha sama-sama. Bagus juga cuba waktu yang sama, senang nak rujuk untuk tanya perkembangan masing-masing, kan? In shaa Allah, Allah suka umatnya yang sentiasa berusaha...

      Delete
  4. suke sgt. lemak berkrim disukai ramai.. nyummsss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa!! Ni la blogger yang Yani rujuk entrynya tu~ TQ ye sizuka, sebab kongsi info susu kambing ni. Yani dah terfikir nak campur dalam shake Herbalife Yani susu kambing ni dengan kurma nanti, langkah berjaga-jaga incase tekak tak boleh terima minum susu kambing tu terus dari botol. Hehe~

      Delete
    2. bagi saya, susu kambing nubian ni sgt enak.. lepas habis sebotol, terasa mcm nak sambar sebotol lagi kat peti ais.. :)

      Delete
    3. memang sedap tapi bila terfikir sebotol pun dah dekat rm5, kena berjimat cermat sedikit..huhu!

      Delete
  5. InsyaAllah tryla dear... Sy try dlm sbulan lbih n alhamdulillah mmg ade hasil... Tp xla hari2 mnum nubian nih sbb kdg2 xde kat kdai... So sy just selang2 kan dgn susu kmbing paket higoat tu jek. Tp mmg hari2 mnum la... Then mlm plak saye buat avocado smoothie sbb ade bace ttc yg bjaye preggy with avocado.... InsyaAllah, doa byk2 n usaha n tawakal k dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ieza untuk tips tu....nanti Yani usahakan cari buah avocado di econsave.

      Delete
  6. Yana pun nak start cuba minum susu kambing ni..dua tahun lepas da cuba minum hi goat tu, tp hbs sekotak then xbeli dah..huhu..lepas ni nk try minum hari2 plak..hehe

    gud luck yani!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Yana, in shaa Allah tahun ni nak usaha lebih sedikit, umur pun dah nak masuk angka 30-an, Yani kena lebih agresif usaha TTC ni. Good luck untuk Yana dan suami juga tau!

      Delete
  7. salam...saya nadia...ntah cemana saya terbaca cerita psl susu kambing di sini....saya ada anak usia 6 thn...sejak januari asyik demam akibat tonsil...seorang rakan nasihatkan berikan susu kambing..malangnya anak tak mahu....sudahnya kami suami isteri yg minum dan secara berterusan...kata suami baik utk gastrik...jd kami minum before bed....lepas 3 bulan minum secara berterusan...tetiba saya mengandung laa pulak...dulu nak dptkan yg first lama jugak...now saya n husband mmg tak terpk pon nak tambah...tup2...rezeki,,alhamdulillah...jenuh kami berdua pk...apa kami dah buat...rupanya apa yg kami makan selama ni sgt2 laa membantu...cubalah....in my case..saya yg problem..PCOS, irregular period..maaf...saya sekadar berkongsi...oh lupa...suami saya everyday amik madu n kismis...saya jarang2....just nak amalkan sunnah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian nadia, mungkin boleh membantu kami suami isteri.....yani pun PCOS, mungkin situasi kita sama...

      Delete
  8. Nk try jugak lh, mungkin ade rezeki lpas ni. Mmm... nk tnya lh, susu + kurma tu minum sekali jer ea.. lpas tu amal susu kambing jer hari2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, macam tu la Yani dan suami amalkan. :) InshaAllah ada rezeki kalau istiqamah amalkan....

      Delete
  9. Sis..saya baru cuba susu kambing campur kurma..tekak tak boleh terima.tpi pikirkan nk usaha dpt baby,ku gagahkan jua.hehehe..doakan saya dan suami ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, golongan TTC ni golongan yg tabah hadapi semua dugaan inshaAllah...

      Delete
  10. sedap tau susu kambing + kurma tu..manis lemak2 je..sy pon br mula consume

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)