27 April 2013

Kedai Makan Upin Ipin Mydin Melaka


27 April 2013.

Cerita jalan-jalan cari makan Jumaat lepas (19 April 2013), baru hari ni dapat dikongsikan dalam blog. Hari offday encik suami, macam biasa kami berdating di luar. Ajak encik suami makan malam diluar, cheatday untuk regim diet aku.

Di Melaka, ada dua cawangan Kedai Makan Upin Ipin yang terkenal dengan taglinenya "Sedap! Sedap! Sedap!" iaitu di Dataran Pahlawan dan di Mydin MITC Melaka. Yang paling dekat dengan rumah adalah yang di Mydin MITC tu, tak sanggup nak tempuh jammed di bandar Melaka semata-mata untuk makan walaupun cawangan di Dataran Pahlawan nampak lebih happening.


Aku dan encik suami mencuba beberapa menu yang ada di Kedai Makan Upin & Ipin antaranya Nasi Lemak Biasa, Ayam Goreng, Roti Bom, Roti Bakar Kaya, Teh O Ais dan Soya Cincau. Huhu, makan untuk dua orang je pun...tapi banyak kan? Rosak diet itu malam!

Boleh tahan jugalah rasa menu-menu di sini. Ayam goreng pun sedap. Kuah kari ikan pencecah roti bom pun cukup rasa. Cuma agak terkilan sambal Nasi Lemak Biasa sedikit sangat, tak cukup untuk orang Melaka dan Negeri Sembilan yang sememangnya suka sambal! Huhu~


Di sudut souvenier berdekatan kaunter bayaran, rambang mata kami berdua dibuatnya; banyak barang keluaran Upin & Ipin dijual. Benda pertama yang kami cari sudah semestinya Fridge Magnet. Tak banyak pilihan, dan agak kecewa tiada FM figura Upin dan Ipin. Encik suami sempat sambar sebuah buku komik Upin & Ipin.

In shaa Allah, ada masa kami ke sini lagi, mencuba menu-menu lain yang ada di sini. Kedai makan ini agak terbuka persekitarannya, jadi kurang privasi bila kita tengah makan, orang lalu lalang perhatikan apa yang kita sedang makan. 

6 comments:

  1. x pernah makan kat sini teringin juga nak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je kat sini Zue, tapi jangan la letak tinggi sgt expectation kita... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Dah banyak cawangan kan restoren Upin Ipin ni? Tak silap, akan ada taman tema Upin Ipin tak lama lagi...mesti lagi happening! InshaaAllah boleh maju perniagaan bangsa Melayu kalau niat dan cara berniaga betul...

      Delete
  3. mahal le makan sini... macam jual brand dari jual makanan...~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Anon, kedai makan ni kedai makan sama macam kedai Mcd, KFC, Domino, Pizza Hut semua tu..so kalau nak makan kat situ, makan ler, kalau rasa mahal tak payah la masuk. Pilihan di tangan kita sendiri kan? Kalau nak expect harga murah, kan banyak kedai makan tepi jalan boleh pergi? :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)