01 March 2013

Wrap Up : Februari 2013


1 Mac 2013.
Edisi kesimpulan bulan Februari aku.

Ok, kita mulakan dengan berat badan aku. Ada kenaikan sedikit, aku pun tak tahu apa puncanya. Kalaupun aku ada terkehel sikit dari segi pemakanan masa pertengahan awal bulan Februari haritu, aku dah cepat-cepat kembali ke regim pemakanan Herbalife aku, ditambah pula dengan aktiviti brisk-walking dan berjogging. Naik tak banyak, masih ditahap boleh terima akal. Mungkin sudah masuk tahap 'statik' dalam proses penurunan berat badan. Alhamdulillah, mulai semalam aku dah mula ambil TC Formula, minggu depan aku akan cuba timbang semula, kalau ada perubahan positif...in shaa Allah!

Period?
Herm, breast pain dari CD26 sampai ke hari ini 1 Mac 2013 (CD34). Tapi belum turun pun period. Rasa bengkak pun dah makin kurang berbanding awal-awal haritu. Seingat aku, kitaran bulan Januari lepas, aku kena breast pain selama 10 hari, baru turun period. Aku kira, hari ini dah masuk hari ke-9. Doa banyak-banyak, ada la rezeki period. Lepas solat pun aku berdoa, kalau ada rezeki benih dalam rahim ni, dan Allah izinkan, biarlah dia berkembang menjadi janin yang sihat. Kalau masih belum rezeki, aku redha, cuma aku minta turunlah ia menjadi darah haid supaya aku boleh mulakan kitaran haid yang baru, dan berusaha lagi.

Cuti-cuti Malaysia?
Ni dah hujung-hujung bulan Februari baru nak mengagau survey hotel/ chalet/ kabin kat Sabah. Transport kat sana pun belum cari lagi. Haish, nasib baik la banyak tempat rujukan yang boleh aku rujuk sebagai panduan sebelum ke sana. Tak cukup dengan baca blog, siap whatsApp blogger lain tanya banyak benda. Thanks alot pada blogger Ieda dan Anna Alui.   

2 comments:

  1. oh...bulan feb adalah bulan i terbabas n menderhaka kepada diet sendiri... huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita berkongsi kasut rupanya...hehe~ Tu yang Yani tengah berdiet betul-betul ni. Dah la hujung bulan ni nak bercuti.....jangan diet terbabas kat sana nanti, sudah la~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)